Puas aku berfikir selama beberapa abad lamanya sebelum aku
buat keputusan untuk blogging balik. Kalau skill zaman dulu pun berterabur,
inikan pulak bila dah lama tinggal. Namun menyedari hakikat bahawa aku perlu
menghabiskan masa mereput di rumah selama lagi beberapa bulan, maka aku
teruskan juga niat di hati. Tambahan pula, kekerapan membaca aku sudah
meningkat sejak tamat alam persekolahan. Selain itu, karya karya mereka yang
aku baca menjadi inspirasi untuk aku kembali bersuara dengan tinta.
Andai aku tak kembali menulis jugak, idea idea picisan tak
bernilai ini akan terus membanjiri tasik mindaku dan melimpah limpah membanjiri
hutan dan kampung di sekelilingnya. Jadi untuk tidak menjejaskan ekosistem
minda aku ni, aku terpaksa kembali menulis. Walaupun skill ke laut, idea ke
sungai, yang penting tak banjir.
Dan aku menulis untuk kepuasan sendiri. Sebagaimana anda
memilih untuk mendengar hardcore, layan k-pop, merokok, berdemonstrasi, mencoteng,
membela kucing, memasak, bercakap kosong, dsb.
Menulis ini satu keperluan.