Hidup sebagai seorang lepasan SPM yang masih dilayan
seperti kanak-kanak tak cukup umur memang sangat sangat membosankan. Nak keluar
ke mana pun tak boleh. Nak kerja apatah lagi. Sumber pendapatan takdak, tapi
keperluan dan kehendak meningkat. Tak seimbang ni.
Cepatlah sambung belajar. Bosan…………..
Nak sambung belajar ni pun satu hal. Pening aku. Aku
tau cita-cita aku. Aku dah nampak kerjaya yang sesuai dengan aku. Tapi
sementara nak jumpa laluan sebenar tu, aku kena menghadap benda yang aku tak
suka untuk sekurang-kurangnya setahun lagi.
Dan setahun untuk belajar dan skor aku rasa sebuah
pembaziran. Setahun aku bazirkan dengan belajar dan stress nak skor subjek yang
aku tak suka. Tak suka, tak boleh bawak dan takdak kena mengena dengan kerja
aku nanti. Tapi kalau dah takdak pilihan lain, ditelan pahit pun nak buat macam
mana.
Satu lagi isu. Kalau nak terjun bidang lain sekarang,
dan tetiba aku bosan sebab memang belajar benda yang aku boleh bawak. Tak
mencabar dan aku bosan. Hmmm tak boleh ka go dua dua sains dan sastera sekali.
Tak payah aku susah susah nak pikir. Haih.
Takpalah. Ni hidup tau bukan game kau boleh nak main
main undo redo bagai. So aku punya keputusan setakat ni, Matrik lah. Tahan je
lah sains tu setahun sementara nak ijazah. Lagipun ada harapan lagi nak terjun
sastera lepas matrik. Dan kat matrik boleh pilih yang takdak Fizik so yeah okay
la kot. Fizik je yang paling aku slow. Addmath tu nak buat macam mana tak boleh lari dah.
Buat masa sekarang. Lepasni keluar pulak result UPU
aku taktau sama ada keputusan akan berubah atau tidak. Aku tak percaya diri
sendiri. Sebab memang selalu lalang pun.