Hari tu kuning di mana-mana. Hari ni merah pulak nak tunjuk hak bersuara. Katanyalahhh.
Teringat
kenangan masa zaman PLKN dulu. Satu permainan yang aku paling ingat dan paling
terkesan sekali. Aku je lahh, orang lain aku tak tahu ehh.
Kami main
dalam dewan, dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan dapat 1 kawasan
dalam dewan. Setiap kawasan dipagar dengan pita pelekat sebagai sempadan.
Dalam game
DKRT ni, ada beberapa peraturan dan yang paling gila ialah semua orang perlu
bisu. Komunikasi dan selesaikan misi dalam keadaan bisu, senyap. Kalau bunyi
sikit tolak markah. Misi 1 buat tugu negara. Misi 2 lantik pemimpin kot macam
tu lahh. Paling seronok, masa buat misi 3. Misi membina sebuah negara. Acewahh.
Dalam misi 3,
setiap kumpulan diberi kertas warna yang berbeza dan misinya ialah untuk membina
lambang sebuah negara. Membina lambang sebuah negara. Itu saja arahannya. Maka
berpeninglahhh setiap kumpulan cari apa benda lahh lambang negara. Dalam bisu,
dengan bahan cuma satu kertas warna. Ada yang dapat merah, kuning, biru dan
putih. Setiap kumpulan satu warna saja. Memanglah nak buat bendera, tapi bahan
takde mehh.
Maka
dipendekkan cerita, berlaku lah peperangan antara negara (kumpulan). Saling
mencuri kertas warna dan menceroboh sempadan. Waktu ni lah paling stress sebab
nak curi barang kumpulan lain, nak jaga sempadan, nak jaga hasil misi 1 & 2,
nak siapkan misi 3 tanpa suara pulak tu. Fuhhhhh gila agresif semorang waktu
tu. Habis koyak kertas-kertas tadi sebab direbutkan oleh semua. Huhuhu.
Dan masa kami
tengah perang tu, jurulatih mainkan lagu ‘Bersatu’ . Ntah aku tak tahu lirik
tapi aku dengar bersatu je. Dalam masa yang sama, jurulatih lain dok buat
provokasi macam macam. Dan kami, masih sibuk berperang, menceroboh sempadan
masing-masing.
Tapi
akhirnya, kami buang semua pita pelekat, hilangkan sempadan tadi, curi
scoreboard jurulatih, buang peraturan bisu dan mula kumpul cebisan kertas yang
ada. Kami pagar seluruh kawasan dengan diri sendiri sementara ada kawan-kawan siapkan
lambang negara. Tapi jaga sempadan tak senang tau. Ada jaa kuasa asing nak
masuk. Tak boleh lemah, tak boleh lembik, rangkul tangan kawan kiri kanan tak
boleh putus, tak boleh termakan kata-kata, kena kuat tepis semua serangan.
Hahhhhhh sakit fizikal takpaaa yang penting semangat kuat.
Eh jap. Siapa
kuasa asing?
Semua
jurulatih.
Maka percayalah,
biar warna apapun anda - putih, merah, biru, kuning. Selagi kita masih
pisah-pisah, ‘gemilang’ itu takkan hadir.
Kerana
takkanlah namanya Jalur Gemilang kalau yang putih, merah, biru, kuning itu tak
boleh saling menerima. Menerima bukan bermaksud merah perlu jadi putih, biru
perlu jadi kuning. Bukan juga merah bercampur biru jadi ungu. Andai putih dan
merah bercampur tak nampak lah pula jalurnya. Tapi ‘menerima’ di sini maksudnya
bersatu, bergabung, menghormati dan meraikan perbezaan.
Selamat Hari
Malaysia. #SehatiSejiwa