If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly
Would you still love me
the same?
Meninggalkan
jahiliyyah itu bukan semudah menghayun langkah berjalan ke kedai mamak sebab
mengidam nasi kandaq. Nak jalan p makan pun kekadang malas kan. Ada masa
makanan dah depan mata pun malas nak makan. Hahh apatah lagi nak tinggalkan
jahiliyyah.
Fuhhh berat
tajuk ni.
Pertama, aku
takkan selak kamus dan terangkan kat sini apa maksud jahiliyyah dan asal usul
etimologi dan kosmologinya. Ewahhhh kemainn.
Kedua, aku
bercakap berdasarkan pandangan dua kupang aku yang baru 18 tahun melihat dunia.
( tudia gais tudia)
Ketiga, sila
cari & mainkan lagu ‘Locked Away’ untuk lebih penghayatan. Muehehe.
**
Jahiliyyah
aku dan hampa semua mungkin tak sama. Tapi siapalah kita nak kata dia ni lagi
teruk dari dia tu, aku lagi baik dari dia ni dan sebagainya. Tak layak rasanya
bagi hamba macam kita ni nak banding-bandingkan dosa antara satu sama lain.
Mungkinlah dosa kita tak sama, mungkin hang mengumpat, aku u’jub, dia riak ka
haaa lain tapi dosa jugak kan. So don’t judge people just because they sin
differently than you. (nasihat diri sendiri)
Aku
sebenarnya takdak struktur bila mai masa nak tulis entri blog ni. Haihhhhh
gagal sungguh rasa. Tapalah yang penting bait kata masih mampu ditaip walaupun
berterabur. Huhuhu
Semenjak
kebelakangan ni kan, aku asyik terjumpa, ternampak dan terbaca hal-hal yang
berkaitan dengan masa lalu itu. Okayyy jap. *inhale-exhale-inhale-exhale* Ahhhh
so basically this things kinda distracting.
Bagi
sesetengah orang yang tak pernah kenal dunia yang ‘sosial’ tu macam mana,
mungkin lah isu ni isu besar. Tapi bagi yang dah biasa dan lali dengan dunia
‘sosial’ ni benda macam ni dah tak rasa pelik pun. Normal lah kan.
Itu lahh.
Orang sekarang kenal aku dalam dunia dan personaliti yang bukan lagi dalam
dunia ‘sosial’ tu. Orang taktau pun susahnya perjalanan dan perjuangan nak
keluar dari situ. Nak keluar sepenuhnya tu pun aku tak berani nak jamin lagi.
Dah keluar pun tak mustahil boleh terjerat balik. Dunia gais dunia. Hatta
sampai sekarang pun macam terperangkap lagi haa. Susah sungguh nak lawan gais.
Yang paling perit tu sampai kekadang manusia yang kita sayang pun kena lawn
sekali. Bukanlah tak bagi peluang, bukanlah tak faham, bukanlah tak sayang,
tapi sebab tuntutan akhirat tu lagi penting kan. Kadang bila kita nak tarik dia
keluar sekali, tapi dia pulak salah faham, tak faham niat kita, lepastu mulalah
nak perang. Yang kita pulak antara nak langkah keluar sorang, atau stay dengan dia
tapi kat dalam. Haaaaaaaaaaaaa susah tau dak susah. *nanges pandang langit*
Soalan:
Adakah aku pentingkan diri kalau aku langkah keluar sendiri?
Jawapan: Tu
pandangan manusia saja. Yang penting niat dalam hati tu yang Tuhan kira. Itu ja
yang aku pegang sampai sekarang. Kalau sampai masa dia tergerak hati nak keluar
jugak, aku sedia ja sambut kat luar ni. Aish macam ada pintu pulak nak keluar
masuk hehe :P Cuma nak terus kat dalam tu, memang tak dapatlah. Mati kita
bila-bila masa kan. Manalah tau Tuhan gerakkan hati ni sekarang sebab esok lusa
Dia nak panggil balik dah kan. Manalah tauuu. Aku dah cuba fahamkan dia, tapi
dah habis daya. Doa selalu, InsyaAllah tak putus. Moga Tuhan buka hatinya satu
masa nanti. :)
Dan satu
benda yang menakutkan ialah tanggapan manusia. Tanggapan manusia yang tak
pernah melihat aku dalam zaman gelap itu, dan tiba-tiba kisah lama terbongkar
uhuksss sadis. Apa tanggapan orang masa tu? Adakah semua yang ada semasa aku
yang ini akan terus menyokong? Mesti susah nak terima punya. Dan sekali lagi,
itulah pentingnya hijrah yang berpaksikan Allah Taala. InsyaAllah kalau manusia
caci sekalipun, kuatkan hati sebab Allah sentiasa ada.
Tuhan jangan kau izin
aku lupa
Jangan kau biarkan aku
mendapang dada
Pasakkan hatiku pada
kaki
Paksakan ku tunduk
sehingga mati
(Fynn Jamal-Terbang Tunduk)
Entahlah. Aku
pun taktau masa depan sendiri. Hari ni mungkin baik, esok mungkin tak. Harini
mungkin sihat, esok mungkin sakit. Harini mungkin hidup, esok belum tentu lagi.
Untuk itu, maafkan aku untuk segala-galanya. Andai bila-bila masanya tiba.
Manalah tau
kan.
Comments