Sejujurnya,
aku rasa kemahiran menulis aku dah makin lama makin tumpul. Penulisan kosong,
takdak identiti. Tak selancar dulu. Tersekat-sekat. Ekspresi idea makin lama
makin susah. Padahal ada banyak benda nak ditulis. Mungkin sebab dah tak banyak
membaca? Atau mungkin sebab dah lama tak menulis, dah lama tak zahirkan
fikiran. Asyik pendam, sembang dengan diri sendiri lepastu terbang dibawa
angin. Hilang di sebalik jerebu. Hmm.
Atau mungkin
sebenarnya aku dah tak lagi peduli untuk membantah. Dah makin lali dengan
karenah dunia. Maka aku takdak apa apa nak dibahaskan lagi. Menerima dan tak
banyak mempertikai dan mempersoalkan tindakan dan situasi. Pengajaran yang
sekadar diambil dan disimpan sendiri. Tak banyak berfikir untuk selesaikan itu
dan ini. Mengikut arus sebagaimana adanya.
Dan setiap kali ada isu yang dibantah, dipersoal mesti ditepis jauh jauh segala fikiran. Sentiasa dibiarkan isu kekal jadi isu. Dah malas nak korbankan masa dan tenaga untuk fikir dan luahkan semua. Walaupun kebanyakan masanya minda masih ligat nak berfikir, mencari jawapan, tapi susah sangat nak ekspresikan dalam kata-kata, baik tulisan mahupun ucapan. Dan akhirnya aku telan semuanya sendiri, biar bisu, tak bersuara.
Epik.
Bila yang
dikata kemahiran berfikir itu sangat ingin diterapkan. Bila yang dikata sifat
keinsanan itu ingin dipupuk dalam diri. Bila yang dikata budaya membaca itu ingin
direalisasi demi membangun tamadun. Bila mahunya kemesraan itu sama dirasa tak
kira apa bangsa. Bila dicanang segala kempen memartabatkan bahasa.
Kemudian yang
mempersoal dituduh alpa. Yang berbudi diambil kesempatan. Yang membaca disekat
segenap ilmunya. Yang mesra dikata lupa asal sendiri. Dan akhirnya hanya slogan
dilaung besar-besaran. Yang benar-benar ikhlas laungannya dari hati tidak
kedengaran.
Andai
kebenaran itu pahit, maka wajarkah kita tolak dan terus terima penipuan yang
manis? Kalau kebenaran itu memang sakit, biar sepuitis mana bahasa yang diguna,
pasti sakitnya terasa juga. Biar berlapik seribu bahasa pun tetap terasa
bisanya.
Dan yang
punya ilmu terus diam dalam santunnya menjaga hati yang lain. Biarlah. Dunia ja
semua ni.
Tapi kan,
bukankah manusia itu khalifah di muka bumi? Jadi layakkah sekadar di’biar’
sahaja? Memanglah semua ni dunia.
Tapi bekal
apa yang kau nak bawa ke akhirat sana kalau bukan dunia?
Sekian
bebelan tak tentu arah untuk kali ini. Moga terlerai segala kekusutan dalam
diri. Salam Akhir Semester. :)
Comments