Satu Sebelas.

Sungguh. Allah punya cara paling indah untuk ketuk pintu hati, untuk buat kita bangun dalam tundukkan diri.

Jahiliyyah. Perit rasanya mengenangkan masa itu. Bukan sikit sikit punya jahil. MasyaAllah. Nauzubillah. Perahu boleh diundur tapi kalau masa? Dah tak boleh patah balik. Wasted time is wasted. Takdak ulangan dah. Takdak undo dah. What's done is done. Gelap sangat jahiliyyah yang kalau boleh takmau ingat langsung apa apa dari situ. Sesal yang tak sudah.

Syukur. Tuhan masih mahu pujuk, beri jalan yang terbaik. Andai dosa lalu terlalu berat untuk diampun semuanya, moga-moga kebaikan selepas itu mampu beratkan lagi timbangan di sana. Aku manusia biasa. Lemah. Hamba. Tiada apa apa yang lebih aku harap selain redha-Nya.

Walaupun tiap kali teringat cerita zaman gelap dulu masih ada rasa down, tak guna, putus asa. Tapi Dia tak pernah lekang dengan surat cintanya dan segala cara hikmah dalam setiap perkara. Buat aku terus teguh dan percaya untuk melalui hidup.



Hadza min fadhli rabbi. Alhamdulillah ya rab. Terima kasih.

posted from Bloggeroid

Comments