Zon Selesa

Bismillahirahmanirrahim.

demi jalan-jalan yang sunyi
yang dipaksa aku berseorang
di bingit malam…
(Levitasi- Kaka Azraff & Fynn Jamal)


Sedar atau tidak, kadang-kadang kita terlalu selesa menjadi kita. Ada orang suka sendiri sendiri. Ada orang suka ramai ramai. Dan kita selesa dengan hidup kita, cara kita masing-masing. Cara yang kita yakin, sesuai dan tepat untuk kita. Tak perlu ikut cara orang. Macam tu lah. Isunya, apabila kita terlalu 'selesa' menjadi kita, akan ada beberapa perkara yang di luar zon selesa kita, yang kita terlepas pandang. Sama ada kita betul-betul tak sedar atau memang tak teringin nak ambil tahu.

Maslahnya?


Haahh okay. Baru tadi aku tengok satu video ni pasai tudung, atau lebih tepat, video yang memberi semangat dan motivasi untuk muslimah yang nak menanggalkan tudung untuk menanggalkannya. Mu pahe dok? Tengok tajuk pun dah ada rasa tercabar sikit (heh) tapi teringin jugak nak tengok apa dia kata kan. Maka tengoklah dengan perasaan yang taktau lah nak rasa apa. Sedih ka marah ka terkilan ka apa ntah.

Oh, btw, this video is a vlog. Vlog maksudnya macam blog ni tapi dalam bentuk video (alaaa yang cakap sesorang tu). Vloggernya ialah seorang perempuan yang aku tak berapa pasti status agamanya sama ada masih Islam atau dah keluar. Apa pun, dalam video tu vlogger tersebut telah menerangkan bagaiman dia yang dahulunya berhijab sejak usia muda akhirnya mengambil keputusan berani untuk menanggalkan hijab tersebut (hijab=tudung). Ohh, dan vlogger ni di Britain kot kalau tak silap, luar negara lah. Bukan orang Malaysia lah yaaa.


Baiklah anak-anak, cuba kaitkan video tersebut dengan tajuk entri (kbat ni kbat. kah!)


Yaaa bagus bagi yang boleh menjawab. Inilah yang kita nak. Generasi yang boleh berfikir, bukan yang diprogram macam robot yaa anak-anak. Bagi yang tak boleh atau tak nak berfikir, jangan salahkan soalan k?


Itulah kan. Kita memang cakap kita yakin dengan cara kita, ad-deen kita. Ya, memang. Tapi kita terlalu selesa sampai kita tak perasan pun ada tanggapan dan fahaman lain yang bercanggah dengan cara kita. Dan yang bercanggah tu pula lebih kuat menarik ahli-ahli kita yang masih tak cukup kuat paksinya.

Dari satu sisi, mungkin bunyinya macam berat sebelah, macam penting diri.  Ya lah, sebagaimana yang gah dilaungkan oleh sebilangan manusia, hidup kita masing-masing, cara masing-masing lah kan? Sebagaimana kita tak suka orang mempertikai cara kita, macam tu jugak orang lain. Timbal balik.

Dari sudut lain, kita tahu yang mana satu betul. Kita tahu jalan yang kita patut pilih. Prinsip yang kita kena pegang. Ya kita tahu tu semua. Kita okay, tapi yang lain? Perlunya untuk dipertahankan cara ini dalam kalangan kita ialah sebab kita sebenarnya cinta. Kerana chenta maka kita takmau laa tengok sisters kita terumbang-ambing takdak haluan. Sedangkan kita tahu haluan mana yang patut ditunjuk.


Betapa kita terlalu selesa. Ada yang cukup pantang kalau dibangkitkan isu bercanggah dengan cara dia. Katanya 'tak payah tengok cara lain. Kita ni dah betul. Tak payah dah nak tengok yang lain tu. Baiki dulu kita ni.' Kononnya kalau kita tengok cara lain, takut kita cepat nak terikut, takut goyah. Kalau asas dah kuat, cinta Dia tu dah dapat, apa nak takut?


Keluarlah dari zon selesa. Baru kita tahu menghargai 'keselesaan' itu. Lagi kuat pegangan, lagi kuat prinsip, lagi teguh paksi sebenarnya. Lagi banyak keyakinan boleh diraih tahu dak. Bukan tahu pangkah itu ini saja. Penjelasan tak bagi. Zaman sekarang kbat dah tau. Bukan zaman main baling dadu, tembak tembak abc ja. Zaman sekarang ni kawapan takdak dalam skema pun boleh dipertimbangkan lagi. Engko jangan nak selesa sangat.


Alaaaa analoginya macam ni. Katakan anda menetap di tempat A, kemudian ditakdirkan belajar jauh di Z. Masa kat rumah kan semua orang sedia, makan orang belanja, duit tak pernah tak cukup, maggi jarang sangat rasa, hadap tanah lapang ja hari-hari. Tapi sebelum jejak tempat baharu tu, tak terasa pun seronok sangat kat rumah sendiri. Biasalah kan. Rumah is rumah lah. Konon nak jugak merasa tengok laut lah, tengok bangunan tinggi lah, konon lah konon. Sekali sampai tempat baharu baru gedik update insta balik tiap minggu. Ya, baru tahu seronoknya tempat sendiri berbanding dengan tempat orang. Baru lagi menghargai.

[Credit]

Ataupun anda guna android. Kemudian cuba usha ios yang melambangkan kemewahan. Makin kenal, makin banyak kelemahan ios yang tak sesuai dengan anda. Maka sayang anda kepada inche android mestilah bertambah-tambah. Ehhhh.


Kalau kau yakin dengan ad-deen kau, apa nak takut?

(baca: ad-deen = cara hidup = lifestyle)







video apa? 
kerja rumah okay.

Comments