14 Disember 2015

11:14 pm. Waktu Malaysia.


Sebenarnya ada banyak perkara yang aku rasa nak kongsi terutamanya untuk adik-adik lepasan SPM sebab masa aku dulu, kurang sangat pendedahan dan bila dah rasa sendiri baru terfikir lagi baik kalau aku tau dari awai. Tak banyak sebenarnya yang orang nak kongsi kat blog sejak ada blog mikro macam Facebook, Twitter & Instagram. Dan sayangnya bila ditulis dalam medium mikro macam tu, orang susah nak cari. Lagi-lagi kalau akaun kena kunci.

Aku pernah rasa macam mana 'blur' nyaaaa dalam hidup lepas keputusan SPM. Maklumlah, sekolah harian biasa mana nak dapat pendedahan awal macam sekolah luar biasa. Hehe. Terkapai-kapai rasanya nak cari jalan, nak paham sistem  lah apa lahh.

Aku cuma nak kongsi cerita aku, sebab kadang-kadang aku pun lupa. Ehh.


Ni antara benda yang aku akan ceritaaaaaaa. Aku tak janji laaa boleh siap semua, tapi tengoklah macam mana. Heheh.



  • khabar angin & stigma 
  • mengahadapi keputusan
  • peluang pengajian & biasiswa
  • memilih bidang pengajian
  • menerima & menolak tawaran
  • kehidupan kampus

Haishhhh skemanyaaa cik kiah punya point. Hahaha ampunnn. Banyak aku nak cerita pasai apa yang aku lalui terutamanya kenapa aku pilih tawaran ini dan tolak tawaran itu dan tak lupa juga soalan kegemaran, 'how's life?'. 



Apa apa lagi nak mintak jawapan boleh tanya wokayyy. Selamat malam. :)

Comments