21/12/15
4:59 p.m
SPM: Menghadapi Keputusan *emoji pening & pengsan*
Rasa macam awal lagi nak sembang pasai result dengan hampa ni
heheh.
Apa yang aku nak fokus dalam entri ni cuma satu; belajar menerima hakikat.
Aku bukanlah pandai sangat pun dalam benda benda macam ni. Tapi sepanjang
pemerhatian aku, ramai sebenarnya yang tak boleh terima hakikat dan ada yang
terus putus harap, mogok lapar, kurung diri, matikan telefon dan macam-macam
lagi hanya sebab takmau bagitau orang berapa yang dia dapat.
Sebenarnya, lagi kita berani bagitau orang, lagi kita dapat terima
kenyataan. Tak perlu lah nak diheboh satu dunia tapi cukuplah bagitau kepada
yang bertanya. Walaupun kita rasa rendah diri, kita rasa malu nak bagitau,
bagitau ja. Ajar diri akur dengan hakikat dan baiki kesilapan.
Aku nak pesan, bila dapat keputusan, tak kiralah keputusan spm ka
keputusan upu ka periksa lain lain tu ka, mesti selalu pastikan diri sendiri tu
terima hakikat dulu. Buat refleksi diri, apa yang kurang, apa yang silap dan apa
nak buat bila dah dapat keputusan. Jangan harapkan orang lain fikir bagi pihak
kita. Tanya pendapat boleh, tapi paksinya masih tetap pada kita sendiri.
Lepas keputusan keluar nanti mulalah orang hat tak pernah
berhubung pun tetiba bertanya khabar. Jalan mana-mana pun orang bertanya. Dan
inilah bahagian yang paling mencabar sekali sebab suka atau tidak, kita hidup
dalam masyarakat. Maka? Sila kuatkan mental anda.
Siapa suka dibandingkan kalau yang dibandingkan itu lagi hebat
kan? Lagi-lagi kalau yang membanding tu mak ayah kita, dan yang dibanding tu
anak kawan-kawan mereka yang ‘berjaya’. Sebab tu pentingnya untuk kita sendiri
terima hakikat dan live with it. Percayalah, kalau hang tak dapat straight A+,
memang keadaan ni akan berlaku. Dan kalau dah dapat straight A+ pun, hampa
masih lagi akan dibandingkan bila tak dapat biasiswa atau tak dapat belajar
luar negara.
Tu baru hal dibandingkan sapa lagi banyak A. Belum masuk lagi kes ‘welcome
to real life’ dan ‘hang tak cukup bagus’ walaupun A+ berderet. Heheh. Ya, jangan ingat
hang skor cemerlang hang akan terlepas dari tekanan dunia yang fana ini. Sila
bersedia berhadapan dengan provokasi seperti
“Cemerlang dalam spm tak
bermakna cemerlang di universiti. Kawan abang dulu spm cemerlang tapi masuk u
terus kecundang, dik.”
-AbangTwitfemes
“A banyak banyak pun kalau
attitude tak elok baik takpayah.”
-AkakEmo
“Kebanyakan yang pandai
jawab exam ni bila soft skills semua hancur.”
-PakcikCEO
Kalau hang jumpa ayat macam ni pun buat bahan hiburan okay. Pergi
baiki attitude & soft skills dan jangan buang masa membalas provokasi tak
bahaya ni. Lagipun depa ni nak retweets ja.
Beri ganjaran untuk diri sendiri. Tak payah tunggu orang lain untuk
puji usaha kita. Bandingkan diri kita sekarang dengan diri kita yang dulu. Tak
payah sibuk nak banding dengan orang atau ikut perbandingan orang. You know
yourself better.
Kalau kita yang hari ini lebih baik dari yang lepas, p makan
aiskrim. Kalau lagi teruk, p makan aiskrim jugak. Nampaknya ada orang dah
lapaq. Adios.
Comments