15/12/2015
7:35 pagi
SPM: Khabar Angin & Stigma
Masih lagi cerita SPM. Nampak dak ada orang tu tak move on lagi :p
Pertama sekali aku nak ingatkan yang segala benda yang aku kongsi
ni ialah pengalaman aku sendiri. Dan tak semestinya aku alami benda ni maka
hampa pun akan dapat pengalaman yang sama. Tak semestinya.
Memandangkan kita semua telah dimomokkkan dengan anggapan
bahawa SPM ialah segala-galanya dalam
menentukan hala tuju kehidupan, maka kita seolah-olah telah diprogram untuk
berusaha bermati-matian demi mendapatkan hala tuju yang terbaik. Kita dididik
bahawa kejayaan hanya dikira jika kita berjaya menempatkan diri dalam kalangan ‘orang-orang
pandai’.
Jadi? Kita cenderung untuk melakukan apa sahaja yang membawa kita
kepada ‘kejayaan’ itu sama ada secara jalan kampung, lebuh raya atau redah
hutan. Ada yang bersungguh-sungguh belajar, ada yang cuma
bersungguh-sungguh............ tawakal.
Sat sat. Apa kena mengena semua ni dengan khabar angin? Haha.
Kalau hang lembik, angin tak kuat pun hang boleh tumbang, angin kencang – hang boleh
terbang. Pemikiran kita yang menentukan apa yang khabar angin tu mampu buat.
Contohnya, gred naik atau turun. Percayalah, makin dah dekat
dengan keputusan, makin banyak khabar angin pasai gred ni. Ada yang cakap naik
lahh, ada yang cakap turun lah. Ada pulak yang kata subjek ni ramai gagal,
subjek tu ramai cemerlang, dan macam-macam lagi. Tahun kami pulak, kes banjir.
Maka makin kuatlah angin yang kata akan guna keputusan percubaan. Haquuu.
Kesan? Yang takut jadi makin takut. Yang rasa dia tak boleh jawab,
makin lemah semangat, rasa takmau sambung belajar dah. Yang dah memang yakin,
bertambah yakin, atau sebenarnya – lebih berharap. Jangan lupa, harapan boleh
mengecewakan. :)
Dan orang yang tak terusik dek angin tadi tenang saja. Bukan tak
ambil tahu, cuma berpada-padalah. Jangan sampai makan diri. Dah buat dah kan.
Cukuplah. Tak perlu berharap gred naik lah gred turun laahh nanti kecewa
sendiri.
Apa sebenarnya yang kita harapkan bila dapat cemerlang? Dalam
kepala mesti nak banggakan mak ayah, nak dapat peluang belajar, nak harumkan
nama sekolah, nak dipandang masyarakat dan.............. nak berjaya. Lepastu
bila stress belajar salahkan mak ayah yang menekan, salahkan universiti yang ‘demand’,
salahkan masyarakat yang menghukum. Amboihh banyak cantik.
Nasihat aku, jangan jadikan ‘nak banggakan semua orang’ sebagai
matlamat hidup. Jangan. Kecik sangat matlamat tu. Sebab pada akhirnya, akan ada
yang dengki dan ada yang tak peduli. Kebenaran memang perit. Kahkah :p
Kadang-kadang kelakor jugak bila bagitau keputusan dan ada yang
respon
‘8A ja? Sepatutnya boleh
straight A tuuu’
dan ada jugak yang respon
‘8A? Woi banyaknyaaa mai
kat aku sikit’
Kelakor mengenangkan gelagat manusia. Apa yang aku selalu buat,
kalau jumpa dengan orang yang hang nampak jenis ‘dia saja yang bagus’ maka hang
kena merendah diri. Biar ja dia nak kutuk ka apa, anggap ja dia melawak dan
ketawalah dalam hati. Tapi jangan dok buat perangai ‘aku dapat 8A ja’ dengan
orang yang dapat lagi sikit dari tu, sebab pada mereka, itu sudah cukup banyak. Tapi janganlah brag bajet bagus pulak :p Bantulah diri sendiri dan kawan-kawan untuk menerima dan rasa cukup dengan
setiap yang ada. Hidup memang kejam tapi jangan lupa hidup pun tak lama mana.
:)
Peperiksaan nak ukur kemampuan kita. Sebab tu nak sambung belajar
nanti keputusan tu yang akan dinilai. Kadang-kadang kita terlalu nak berjaya
macam orang lain, sedangkan sebaiknya kita berjaya dengan menjadi diri sendiri.
Lain orang, lain habuannya. Langit tak selalu cerah, gais. :)
Comments