21/12/15
9:41 p.m
SPM: Nak pilih yang mana?
Wuuuuuuuuuuuuu jumpa dah blog post yang lama yeayyyy. :D
Memandangkan post lama tu dah jumpa balik, maka jimatlah masa aku.
Hehe. Takyah laa hurai panjang-panjang dah untuk tajuk ni. Kalau rasa takmau
baca banyak, takpa. Aku bagi ringkasan sesiap.
Benda penting yang hampa kena teliti sebelum buat keputusan ialah;
1. Jurusan/kursus
2. Tempat pengajian
3. Peringkat pengajian
4. Perbelanjaan
Perkara yang mesti dipertimbangkan sebelum memohon;
1. Keputusan SPM – kenal pasti kelebihan dan kekurangan diri
2. Syarat kelayakan kursus – pilih yang betul-betul melepasi
keputusan anda, bukan yg sekadar cukup syarat
3. Pandangan ibu bapa / orang yang rapat – pandangan ialah
pilihan, bukan paksaan.
4. Minat – kalau tak pasti boleh cuba ujian kerjaya (sila google)
5. Peluang kerjaya – sila fikirkan 10 tahun ke hadapan
6. Kemampuan memenuhi keperluan kerjaya – contoh kalau kerja tu
jenis tak boleh cuti sesuka hati, sibuk tak kira masa, bekerja tak jumpa orang,
dll.
Perkara yang mesti dipertimbangkan untuk memilih tawaran;
1. No 3 hingga 4 *rujuk senarai atas*
2. Perbelanjaan sama ada ditanggung sendiri, pinjaman, biasiswa
atau elaun
3. Hala tuju selepas selesai belajar (terutamanya yang masuk
pra-u, asasi, matrik)
4. Paling penting, jangan
pandang rendah pada sesiapa dan mana-mana kursus/ institusi/ peringkat pengajian
sebab hidup ni penuh dengan kejutan. Hehh.
------------Kat bawah ni post lama------------
Future.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejam aku tenung skrin mencari idea macam mana nak mulakan
entri ni.
Hmmmmmmmmmmmmmmmm. *bukak youtube. Cari lagu*
Okay haaaaiiii. Dah awal Jun. Kebanyakan kawan kawan
seangkatan lepasan SPM 2014 dah selamat melangkah ke fasa pendidikan
seterusnya. :) Seronok tengok orang lain yang dah mula belajar balik, dah hidup
jauh dari keluarga, homesick, orientasi, crush..................
Now. Aku bukan nak cerita kehidupan mereka. Apa yang aku nak
cerita adalah bagaimana sebelum semuanya melangkah ke tertiary education, macam
mana suasana dan konflik yang tercetus, dan fasa bersusah payah sebelum nak
melangkah tu. Maka untuk episod 1 ni aku cerita dulu pasal macam mana aku hadap
UPU. Ni kira aku share apa yang aku buat dan apa yang aku rasa sebaiknya
dibuatlah.
Secara umumnya, memang aku taktau apa benda lah UPU ni
sampailah habis SPM. Memang pengetahuan pasal tertiary education sangat sangat
minimum walaupun dah tingkatan 5. Bukan aku sorang ja, ramai lagi yang macam
blur tak blur ja macam mana nak sambung belajar. Lepas SPM tu barulah nampak
UPU selain Matrikulasi (untuk aliran tertentu).
Berdasarkan beberapa kajian (aicewahh) aku dapati UPU ni
nama lama. Tapi cukuplah anda semua tahu UPU ni sistem untuk menempatkan anda
ke universiti atau politeknik atau kolej komuniti atau institut pengajian yang
lain yang berkaitanlah. Ahhh why should I tell you something Google tells
better, eh.
Okay back on track. Macam mana nak isi? Nak pilih kos apa?
Nak pilih universiti mana? Asasi atau diploma? Nak isi IPTA saja atau ILKA
sekali? Haaaaaaaaaaaaaaa AWAS!! Ini ialah cabaran pertama. Aku bukan nak ajar
macam mana nak isi UPU bagi dapat tawaran tu. Aku cuma nak cadangkan apa yang
patut dibuat untuk menentukan kos apa dan institut mana untuk diisi di kotak
keberapa.
1. KEMAMPUAN
Orait. Bila bercakap tentang kemampuan, apa yang aku
maksudkan ialah kemampuan dari semua segi termasuklah yang paling penting,
KEPUTUSAN SPM. Kalau masa mula-mula isi tu belum dapat keputusan spm sebenar,
rujuk yang percubaan dulu dan agak agak lah yang spm tu nak lepas banyak mana.
Bahagian ni sangat tidak menjadi masalah kepada pelajar yang keputusan sederet
A+ ataupun keputusan yang kata orang “kenyang” lah jugak kan. Tapi bagi yang
dapat keputusan taklah berapa nak kenyang atau cukup cukup makan ni, mengisi
UPU ialah satu azab mental yang hebat. Dan percaya cakap guwa, yang result tak
cukup makan lagi senang hati. Serius.
Yang Cemerlang – Tahniah tapi kejayaan takkan nak berhenti
kat situ je ye dok. Untuk geng cemerlang
ni sebaiknya pilihlah asasi. Letaklah semua asasi sains pun takpa. Kalau yang
ada sangkut B/C satu dua subjek tu boleh la kalau nak letak asasi TESL atau law
atau letak la diploma untuk dua pilihan terakhir. Sebaiknya pilihlah asasi
sebab asasi ni direka untuk manusia seperti kalian maka jangan takutlah apa
orang kata, okay?
Yang pertengahan – Geng pertengahan ni lah kelompok paling
stress nak isi UPU. Sebab apa? Sebab kelompok ni pilihannya tak banyak macam
geng cemerlang. Dan akan bertambah stress kalau syarat minima sesuatu kos gagal
dipenuhi. Untuk yang aliran sains akan ter-cemburu melihat geng cemerlang boleh
mohon asasi sains, asasi perubatan dan asasi asasi yang sudah lama diimpikan.
Dan untuk aliran sastera mula merasakan dunia seakan begitu kejam kerana
kebanyakan asasi adalah untuk lepasan aliran sains dan berada di geng
pertengahan menyebabkan anda perlu memilih diploma yang 3 tahun lamanya. But
heyyyy chill okay. Tengok keputusan dan tengok syarat minima kos mana yang awak
lepas. Dan isi lah dua dua IPTA & ILKA. Jangan menyesal dikemudian hari.
Yang senang hati – Yes. Memang geng ni sangat senang hati.
Kenapa? Sebab sebenarnya mereka ada kelebihan lain selain skor dalam spm. Dan
geng ni sebenarnya tak kisah pun keputusannya apa sebab bagi mereka spm bukan
bidang mereka dan ‘takpa lah kalau tak skor pun’. Dan geng ni dengan senang
hati boleh isi untuk buat diploma atau sijil dekat ILKA. Geng ni paling sempoi
lah sebab tak payah sibuk nak impress orang lain. Cukup mereka tahu apa yang
terbaik. So go for it and live life to the fullest :D DENGAN SYARAT JANGAN
MALAS KALAU KO MALAS TAK KEMANA JUGAK OKAY.
Fuhhhhh baru satu kriteria.
2. KECENDERUNGAN
Kriteria kedua ialah kecenderungan. Tanya diri sendiri minat
apa dan nanti nak kerja apa nak masuk bidang apa. Tanya mak ayah, cikgu-cikgu
(tanya semua cikgu kalau mampu), kawan-kawan, kakak abang, jiran, dan sesiapa
saja yang boleh ditanya. Tanya mereka apa yang sesuai dengan anda. Bukan apa yang mereka nak untuk anda. Okay
daripada senarai kos yang sesuai dengan keputusan tadi, buang yang mana tak
berkenaan dengan kecenderungan anda dan yang memang takmau dan tak sesuai
dengan jiwa. Tapi jangan la buang sampai nak isi pun tak cukup. (Kan dah cakap ada yang dah stress dah)
3. HALA TUJU
Hala tuju di sini bermaksud kalau anda sambung kos tersebut,
kemana arah anda seterusnya? Lepas asasi ni nak sambung degree apa, lepas
diploma ni nak kerja kat mana, atau nak sambung degree apa, fikirlah sejauh
mungkin sampai kerjaya anda nanti. Pertimbangkan semuanya termasuklah
kesanggupan anda untuk belajar dan bekerja dalam bidang tu. Buatlah kajian
sikit tentang pekerjaan anda tu, macam mana suasananya dan kemampuan dan jiwa
diri sendiri. Oh, dan tolong jangan terus nak jadi ‘pakar motivasi’, ‘saintis’,
‘boss’ tanpa ada laluan yang menghala ke situ. Jangan terlalu dikaburi
drama-drama Melayu mahupun filem aksi luar negara okay. Berpijak di bumi nyata.
Step by step.
Dah fikir? Now. Pilih yang paling berkenan di hati dan
senaraikan cukup seperti yang diminta sahaja. Kalau kena isi 8, maka senarai 8
sahaja.
4. KELAYAKAN MINIMA
Okay dah siap dengan senarai kos? Sekarang nak susun pulak.
Kalau anda dalam kelompok cemerlang, A berderet maka isi lah
ikut kemahuan hati yee.
Kalau geng yang tak berapa nak berderet ni, tengok kat
syarat kelayakan minima untuk setiap kos. Susun syarat yang paling ketat sekali
kat pilihan 1 dan syarat yang paling longgar dekat pilihan 8. Contohnya katalah
Kos X nak 5A, Kos Y nak 4A 1B, jadinya letak Kos X pilihan 1, Kos Y pilihan 2.
Kenapa? Sebab sistem UPU dah diprogram. Sistem ni akan
analisis ikut urutan yang kita letak. Katakan pilihan 1 kita dah penuh dengan
orang yang result lagi hebat, jadi sistem akan tengok pilihan 2 pulak. Jadi
kalau kita dah letak yang 4A sebagai pilihan 1, dan 5A sebagai pilihan 2, dan
tetiba yang 4A pun kita tak lepas, apatah lagi yang 5A. Haaa macam tu lah lebih
kurang. Kes ni selalunya kos yang panas la macam asasi atau beberapa diploma
macam pendidikan atau kejuruteraan.
Haaaaa dah siap susun?
TOLONG PASTIKAN DAH KLIK HANTAR DAN DAPAT EMEL PENGESAHAN
OKAY.
Ni kira cara paling ringkas yang tidak membazir peluang lah. Tapi ingat, bukan UPU saja
laluan lepasan SPM. Ada banyak lagi. Dan UPU ni pun akan dibuka untuk rayuan.
Maka tenang tenang saja yaa. Ni baru episod 1.
Sampai nanti,
:)
---------------------------
Aku tak baca balik dah. Hahahahah taktau la kalau ada sapa yg rajin baca. ;p Yang ni lebih kepada nak isi UPU tapi takpa lah kot nohh. :)
Comments