20/12/2015
10:32 p.m
SPM: What to Apply?
(Untuk Lepasan SPM)
Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Apa khabar penghujung
2015? Semoga semuanya sudah berpijak di bumi nyata ;)
Dalam entri kali ni, aku nak kongsi peluang yang hampa (adik-adik)
kena peka dan buat permohonan yang mana patut. Sekali lagi aku tegaskan, aku
cuma bagitau apa yang aku lalui sendiri dan tak semestinya hampa akan jumpa
peluang yang sama pada masa hampa nanti.
1. Kolej Matrikulasi
Seingat aku, Kolej Matrikulasi ataupun nama manjanya ‘matrik’, dah
boleh mohon lepas percubaan spm. Ehh ya ka? Hmm entahlahh. Tak ingat dah. Yang
penting kena peka sebab kadang-kadang tarikh permohonan tu tutup awai, sebelum
keputusan spm sebenar. Lepastu nanti baru dibuka untuk kemaskini. Matriks ni
untuk pelajar aliran sains & akaun saja. Tempoh pengajian bergantung kepada
keputusan spm, ada program setahun dan dua tahun. Modul ada 3, ada peluang untuk
‘drop’ Biologi atau Fizik dan ganti dengan Sains Komputer. Dan jangan lupa,
matrik ada elaun. (yeay) :D Nak tau lagi boleh tanya terus orang-orang matrik.
2. Universiti/ Kolej Swasta
Okay. Bila sebut ‘swasta’ ramai yang akan pandang negatif sebab
nak kena keluar duit banyak, takut tak diiktiraf, persekitaran terlalu liberal
dan macam-macam lagi. Apa-apa pun, kita mesti kaji dulu sebelum nak buat
kesimpulan. Jangan terlalu taksub dengan universiti awam sampai tutup terus
peluang untuk uni swasta ni. Langit tak selalu cerah, okay? Selalulah intai
peluang untuk uni/kolej yang tak melalui UPU macam UniKL, Unisel, MSU, UTP dan
banyaaaaaakkkkk lagi yang tak payah melalui UPU. Sila google dan tengoklah
website. Selalunya permohonan boleh dibuat secara online dan keputusan pun
secara online. Senang :) Mohon saja dulu sementara tunggu peluang lain, okay? Ada
jugak institut latihan yang diserap terus kepada pekerjaan nanti, cuma kena
rajin cari lah ya?
3. IPG
Institut Pendidikan Guru (IPG) dah nama pun macam tu mestilah
melatih cikgu ye dok. Dulu-dulu orang panggil ‘maktab perguruan’ dan dulu-dulu
orang yang masuk maktab ni keluar dengan sijil saja. Tapi dulu-dulu dah habis,
k? Sekarang ni demi menjayakan PPPM, pengambilan bakal cikgu pun dah makin
ketat dan ditapis. Sekurang-sekurangnya 5A dalam SPM, lepastu kena lulus ujian
kecergasan, ujian psikologi & minat dan temuduga. Rasionalnya, bakal-bakal
cikgu ni akan dilatih selama 5 tahun dan keluar dengan ijazah, sama macam uni
lain. Kelebihan? Anda akan menerima elaun bulanan sepanjang pengajian dan
dengan mudahnya mendapat pekerjaan. Mudah kalau berjaya temuduga SPP lah. :)
4. SPA
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Yang ni kena peka sendiri
sebab ramai jugak yang tak perasan peluang ni. SPA ni pun salah satu pilihan
untuk hampa dapat sambung belajar & terus diserap ke dunia pekerjaan. Untuk
maklumat lanjut, sila google. ;p
5. KPM
Selalulah melawat moe.gov.my sebab KPM ni kekadang suka buat
kejutan. Hahah. Ada masa dia buka permohonan biasiswa & sambung belajar ke
luar negara macam Mesir, Jordan, Morocco (ni zaman aku, zaman hampa aku taktau
lah). Nak cerita lebih-lebih pun tak pandai, kena selalu melawat saja. :)
6. Biasiswa & Zakat
Untuk perbelanjaan pengajian pulak, hampa kena pandai cari ruang
untuk bantuan macam biasiswa, zakat atau pinjaman. Biasanya kalau zakat, dah
dapat tawaran belajar baru boleh mohon, bergantung kepada negeri masing-masing
lah. Pinjaman yang paling popular mestilah ptptn & mara. Kalau ptptn
selalunya dah masuk U nanti pihak U akan bagi taklimat, selalunya untuk
universiti awam. MARA pulak biasanya akan bagi untuk kolej/universiti swasta.
Gitulah.
Biasiswa pulak boleh cuba melawat website organisasi atau badan
korporat sebab selalu depa akan biasiswa dan penerima biasiswa akan bekerja
balik dengan syarikat tersebut. Boleh google saja biasiswa malaysia sebab
banyak jugak website yang menghimpunkan biasiswa untuk dirujuk. Takyah risau.
Untuk zaman asasi/matrik/pra-u nanti bila nak ambik ijazah pun jangan lupa
selalu check biasiswa. :)
7. Fast-Track
Ada jugak program ‘fast-track’ untuk mereka yang cemerlang masa
percubaan SPM macam program kat UPM. Depa ni belajar dari foundation (asasi)
sampailah phd kat situ. Gitulahh kot. Aku taktau sangat maka sila google
sendiri.
8. UPU
Unit Pusat Universiti (UPU) atau nama barunya Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar (BPKP). Yang ni malas
nak cerita. Hahaha. Semua cerita boleh baca sendiri kat http://upu.mohe.gov.my/web/
Ada banyak lagi peluang yang aku tak cerita macam peluang terbang
ke luar negara. Satu ja nak pesan, kena rajin cari. Jangan nak malas sangat;
ikhtiar takmau, tawakal ja lebih.
Comments