Refleksi Januari

Januari 2016 dah sampai pada penghujung dan yang tinggal cuma sisa-sisanya sahaja. Rasanya kehidupan masih normal dan biasa cuma nampaknya ada banyak ruang untuk perbaiki apa yang ada. Dengan esaimen dah makin banyak, pensyarah makin sibuk, proforma banyak langkau, maka memang mau tak mau kena belajar sendiri la. Oh kemon (come on) bukan sekolah dah wei (kat sekolah pun takleh spoon-feed what).

Pemilihan JPP dah selamat selesai semuanya. Alhamdulillah, dapat escape pada masa terakhir, dan ada classmate yang terima tawaran tu. Hehe. Dalam minggu kedua Januari, sempat jugak jejak Putrajaya untuk sesi dengan KPDNKK. Apa yang tak best tu malas cerita lah kan. Yang seronoknya, dapat rasa suasana yang berbeza, dan buka minda terhadap perkara-perkara yang tak pernah rasa nak pikir pun selama ni. Dan guwa selisih dengan menteri wat lek ja hihi.

Esoknya pulak berprogram ASAH dengan KRI selama dua hari dua malam. Nak cerita banyak pun takleh gak sebab guwa tak berapa komited atas faktor kesihatan. Huehue. Minggu seterusnya sempat menghadiri pidato manifesto, pilihan raya dan majlis pengumuman JPP. Isnin berikutnya cuti sempena Thaipusam, diikuti cuti lagi Isnin depan sempena Hari Wilayah. Lepastu cuti pulak seminggu untuk Tahun Baru Cina.

What to improve? Definitely managing time the wiser way. Alhamdulillah takat ni sempat buat kerja-kerja kuliah, sempat check in pusat sumber dan makan kurang-kurang tiga kali sehari. Tidur awal, bangun awal (hahaha) dan habiskan dua buah buku, Naratif Jurnalis dan Momen2 Matluthfi. Btw, Mat pun baru ja kawen. :) Walau bagaimanapun masih banyak masa yang dibuang berbanding yang diguna. Haihh. Ohhh, latihan rumah sukan pun dah mula. Hahah.

Isu semasa pun macam-macam lahai. Dengan politiknya, ekonominya, hal elaun & biasiswa, kos sara hidup, ancaman keselamatan, perjanjian, bom sana sini, dan tak ketinggalan isu tarbiyah dan kekurangan kasih sayang.

Dan dalam sebulan ini, banyak berita tentang mereka yang telah dijemput pergi. Tenang. Moga-moga damai rehat mereka di sana. Doakan yang baik-baik. Kita pun entah bila akan dijemput ke sana. Siap-siaplah moga ketika dia datang menjemput kita sudah bersedia dengan sebaiknya. Cuba. :)


“Kita sebenarnya bukan takut mati, kita takut kalau mati kita nanti Allah tak terima.” – A, 2016.

Comments