Seorang ai pada kebanyakan masanya sangat sukar jatuh chenta – zahirnya. Ceh. Kalau nak disingkap cerita-cerita dari dulu sampai sekarang pun, masih begitu.
Lalu aku teringat akan seorang insan
peliks yang menchentai kuning dan seorang bujangan dengan dialog puisi. Aku
ingat pertama kali bertegur sapa dengan seorang insan peliks itu ketika aku
berjalan sendiri, sedang dia berteman. Dia sapa aku, aku pandang dia – tanpa perasaan;
antara suka dan tidak atau apa, aku pun tak pasti. Aku masih ingat satu kata
yang meluncur keluar dalam tuturnya, bergurau tapi terasa bisanya. Dan selepas
itu memoriku kabur, yang ada cuma kami membawa haluan sendiri dengan peleraian
yang tenang.
Kerana kata itu bukan sesuatu yang
asing untuk didengar, walau bisanya tetap bersisa di hati.
Kemudian tentang bujangan dengan
dialog puisi yang aku tak pasti perkenalan awalnya di mana. Yang pastinya
seperti insan peliks tadi, dia juga mulanya aku beri pandangan sama tanpa
perasaan kerana ramahnya si bujangan ini seolah sudah lama pula kami berkenal,
dari jauh pun boleh disapa, tak perlu peduli hidupan sekeliling.
Persamaannya insan
peliks tadi dan si bujangan ini punya satu keramahan luar biasa yang dipunyai
sepisis ekstroverta yang akhirnya senang-senang meruntuhkan tembok konkrit yang
dibina seorang ai untuk hidupan sekelilingnya ketika itu. Lalu akhirnya di
mana-mana ai berjumpa dua makhluk ini, tiada lagi pandangan lama itu, bahkan
keramahan itu terkadang beralih tuan dan akhirnya seorang ai jatuh chenta pada
ke-annoyingss-an ni dua urang.
Comments