Hi. How’s life?
Keputusan tawaran IPG untuk Jun 2016
dah pun keluar. Aku pun dah habis program persediaan dengan jayanya. Tunggu
beberapa hari lagi naik sem untuk #degreelife gituu. Fuhhh kejapnya masa.
Jadi, untuk entri kali ni, aku nak
jawab lah beberapa persoalan pasai IPG terutamanya IPG Kampus Bahasa Melayu,
atau kami panggil IB. Nak kata banyak sangat pengalaman tu dak ahh. Cuma dah
orang dok tanya2 kan, kita jawab laa apa yang boleh.
1. PPISMP & PISMP
Mula2 masuk IPG, 2 semester pertama
adalah untuk program persediaan atau nama panjang dia Program Persediaan Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), biasanya kami sebut PP ja. Dulu2 zaman senior
PP depa 3 semester, tapi la ni dah jadi 2 bersamaan setahun saja. Lepaih
setahun PP, barulah naik ke PISMP untuk buat ijazah selama 4 tahun (8
semester). Setahun ada 2 sem, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun
sebagai cuti sem. Ya, cuti IPG bersamaan cuti sekolah. :)
Maknanya, masuk IPG, belajar 5 tahun,
lepas tu keluaq jadi laa cikgu. Tapi tetap ada temu duga sebelum dapat posting.
#bukansenangnaksenang
2. Orang tanya, ‘kat ipg ni ada kos
apa?’, ‘belajaq apa jaa?’, ‘belajar macam mana?’
Kat ipg ni, kos yang ditawarkan ialah
bersamaan dengan subjek2 yang nak diajar bila ke skolah nanti. Dulu2 orang
panggil subjek major & minor, tapi la ni depa panggil subjek teras &
elektif. Alah sama jaa laa tu. Major/teras ialah subjek utama manakala
minor/elektif ialah subjek sampingan.
Belajaq apa? Haaaa belajaq laa subjek
hat major & minor memasing. Tapi bukan tu ja, kena belajar pedagogi,
perkembangan kanak2 & hal2 dunia pendidikan jugak. Dan ada subjek yang umum
macam Bahasa Inggeris, semua opsyen wajib belajar. Dalam 1 semester tu ada laa
dalam 8 subjek kena belajaq. Semua subjek tu ada kerja kursus (esaimen) setiap
satunya, amali (subjek tertentu) dan peperiksaan (subjek tertentu). Markah hat
dok kira dalam pointer tu dikira semua laa esaimen, amali dengan exam. Kalau
kena praktikum pun kira praktikum sekali. *Praktikum pun salah satu subjek
3. Kelas macam mana?
Kelas kat ipg ni macam kat sekolah.
Setiap kumpulan (dlm 20 orang) ada kelas masing2. Pensyarah yang akan cari
kelas dan masuk mengajar macam kat sekolah. Bukan macam kat u, kita yang ikut
pensyarah. Kat ipg ni takdak istilah ‘kelas batal’, tapi ada ‘pensyarah tak
boleh masuk’ sama macam kat sekolah laa kan. (sama ja maksudnya takdak kelas
jugak :p). Tapi kalau kes macam tu tetap kena ganti kelas sebab kira jam
kredit. Huhu.
Setiap kelas akan ada mentor masing2.
Mentor ni macam guru kelas laa kalau kat sekolah tuu. Bezanya mentor ni akan
jaga kumpulan tu selama 5 tahun dari zaman PP sampai habis semester 8. Kira
macam mak ayah angkat laa.
Waktu kuliah dari 8 pagi – 4:30
petang. Hat ni bergantung kepada kampus memasing sbb ada kampus yang 7:30 dah
mula. Ya, macam kat sekolah. Perhimpunan pun ada, hari pertama setiap minggu.
Malam biasanya tak diganggu tapi ikutlah kekadang ada jugak program yang dibuat
waktu malam sebab siang semua orang dah sibuk. Pandai-pandai lah bahagi masa
sebab selalunya program2 semua last minute baru diberitahu. :)
4. Suasana
Yang ni memang fokus kat IB ja lah.
Setakat ni semua okay. Konflik tu biasalah kat mana-mana pun ada. Cuma bila dah
masuk pusat latihan ni paham2 laaa latihan tu maknanya segala segi akan
dilatih, bukan setakat masuk kelas skor periksa. Daripada akademik, sosial,
sahsiah, persoaliti, semuanyaaaa akan diperhatikan. Hang silap sikit pun, hang
siap laa. Sebab jadi cikgu ni, walaupun orang kata ‘biasa-biasa’ tapi
sebenarnya macam artis selebriti la jugak. Imej profesional nak kena jaga.
Gituu.
Orang kata jadi cikgu ni sibuk. Aku
rasa kalau tak sibuk, lifeless laa jadinya. Hehe. Biasanya ipg ni ada 3 musim. Awal2
sem biasanya relaks saja dalam seminggu dua. Lepaih tu mai musim esaimen 8
serentak, semua due date dekat2 atau lagi parah, tarikh yang sama! Masa ni
laaaa tak terasa malam dengan siang, lepak foyer sampai subuh, diri pun macam
tak berapa nak terurus. Tapi kalau jenis pandai urus masa atau jenis tak sibuk
dengan program boleh aja. :) Lepaih dah hantar semua esaimen, bolehlaa berjimba
sat sementara nak exam. Exam habih kurang pun 3-4 minggu jugak, tapi bukan
hari-hari kita ada paper laaa. Nasib laa kalau habeh awai, awai laaa. :) Habeh
3 musim ni, cuti sem, balik lepak kampung masing, lepaih tu masuk balik, naik
sem. Dan begitulah selama 5 tahun.
5. Kenapa IPG?
- Jangan anggap IPG sebagai escape plan – sebab dah takdak pilihan lain.
- Jangan pilih IPG sebab elaun - tak payah pinjam dan berhutang.
- Jangan pilih IPG sebab senang dapat kerja – terjamin.
- Jangan pilih IPG sebab ‘cikgu pekerjaan yang mulia’ – klise sangatz / kerja lain pun mulia :)
- Jangan pilih IPG sebab rasa pilihan lain tak hebat mana – sebab mana2 pun sama ja.
Boleh ja aku nak promosi IPG ni
habis-habisan, segala kebaikan dan kelebihannya. Tapi takmau lah, sebab aku
pernah rasa macam mana bila orang aturkan semuanya untuk kita sedangkan dia tak
boleh bercerita pun tentang kita. Mana dia tau kita sesuai kat situ kalau
kelebihan kekurangan kita pun dia tak boleh sebut?
Rezeki masing-masing. Haluan hidup
masing-masing. Tak semestinya kita tak ikut orang, kita salah. Tak semestinya
orang tak ikut kita, orang salah. Okay?
Salam Semarak IPG. #semarakipg
Comments