Second Year Done

Assalamualaikum and hello peeps! How's life? Alhamdulillah, second year of #degreelife done!



Hari ini, 13 Ramadhan. Hari kelima aku kat rumah untuk cuti sem kali ni. Macam biasa, dah habis sem baru reti nak cari blog. Sem 4 went well. Apa yang dirisaukan sangat sejak hujung tahun lepas dalam entri-entri sebelum ni dah pun selesai dengan jayanya. 

Difikir-fikir kembali, banyak jugak benda-benda baharu dan signifikan yang berlaku untuk setengah tahun ini. Belajar untuk lebih berdikari, lebih tetap pendirian, lebih berani dan yakin, paling mendominasi aku rasa adalah dalam kepemimpinan. Antara keputusan yang agak besar aku buat adalah memilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 18/19. Agak lama aku berkira-kira dan menimbang tara semua keadaan dan kemungkinan apabila memilih untuk bertanding tahun ini. Tak tenang rasanya masa tu. Sampailah pada saat akhir hari penamaan calon, baru aku buat keputusan. 

Kenapa bertanding?

Jujurnya, aku pun tak tahu kenapa. Something tells me to do so. I guess it's my heart. 

Aku melihat sendiri tekadnya orang lain melarikan diri dari pencalonan walaupun borang itu sudah di tangannya. Aku kira Tuhan telah menjawab kekeliruanku apabila aku melalui saat itu. Lalu aku faham tak semua orang diberikan rasa yang sama. Bertanding adalah menjanjikan kepercayaan dan kemenangan bererti kepercayaan telah diberi. Kalau sedari bertanding pun sudah sukar untuk hatinya menerima, apalagi tika beban tugas dan tanggungjawab itu perlu dipikulnya. 

Menjadi ahli keluarga bersama 26 orang adik-beradik yang lain, satu pengalaman baharu dan istimewa. 27 orang ini punyai pelbagai jenis persona, pemikiran, kemahiran, anugerah, ideologi dan bakat masing-masing. Pentingnya belajar menerima tanpa syarat, memahami dan menghormati satu sama lain. Masih berbaki satu semester, nanti dah bubar lah baru buat entri pasal dorang ni :p


Semester 4 memang sangat sangat sibuk. Selain belajar, ada events perlu diselesaikan sebagai tugasan esaimen macam Kejohanan Trek & Padang dan Ziarah Mahabbah ke Kampung Orang Asli. Tu tak masuk program-program kecil yang lain. Macam-macam benda jadi, macam-macam halangan dan konflik. Tapi dengan adik-beradik unit B ni, walaupun tak ramai, apapun tak mustahil kalau semua boleh beri komitmen. 

Bila sembang dengan kawan-kawan IPG lain masa lawatan penanda aras, semua terkejut bila aku cakap kami satu batch 33 orang sahaja. Sebab kat tempat depa, 90 - 100 tu kira paling sikit dah. Dan soalan pertama depa, "Macam mana hampa buat KTP?"

Well, my batchmates are great siblings (dan JPP yang membantu). People you can cari gaduh but also can count on. Heeee.

Lepas habis sukan kat IB, sambung sukan pulak masa p PBS. Hahah. Kebetulan ja masa tu depa dok buat sukantara. So, merasalah aplikasi ilmu2 masa KTP tu kat sekolah :)

Satu lagi benda besar sem ni, Karnival Inovasi PdPc kat Terengganu. Ermmm takdak la besaq mana sebab aku ikut orang ja (macam biasa) bukannya bawak hasil inovasi sendiri pun p bertanding. But it feels good to be there :) Bukan sekadar belajar inovasi, tapi untuk aku, banyak aku belajar dari segi pengurusan. Kalau nak kata minat, hati macam tak berapa minat sangat dengan inovasi ni. Tapi nampak gaya macam ada angin membawa khabar yang aku kena hadap lagi benda ni semester depan. Huhu. 

------

Di sebalik semua benda-benda yang banyak jadi dalam setengah tahun ni, ada banyak jugak benda-benda yang tak jadi. Frustrated, yes. Kecewa tu biasa. Tapi dalam banyak keadaan sebenarnya kita kena sedar yang kuasa tidak ada pada tangan kita. Usaha kita boleh langsung tak dipedulikan orang yang selayaknya. Akhirnya langkah kita pun hanya setapak dua, dan tak lagi boleh berjalan. 

Dalam banyak keadaan juga, duit dijadikan alasan, sama ada tak ada duit, takut tak cukup duit atau taknak bazirkan duit. Hakikatnya duit boleh dicari, antara nak dan tidak saja. Yang takda, tak cukup dan taknak dibazirkan adalah ; 

masa dan tenaga.


Tak berbaloi dan tak penting. Mungkin terlupa, pendidikan bukanlah berlaku dengan terhasilnya sesuatu yang material dan konkrit.

Moga satu masa kita dan mereka faham, mendidik itu usahanya kecil dan halus, tapi impaknya besar; antara harmoni dan binasa yang berpanjangan.


------------

Selalu life update ni ada pasal exam. Kali ni tak rasa nak cakap pasal akademik sangat. Tunggu keputusan ja lah nanti :)


Till then, adios.

Comments