Salam
and hi people :D
Today
is 4th June 2018, Monday. Ada lebih kurang 2 ke 3 minggu lagi
sebelum semester baharu. Satu perkara yang terasa sangat kehilangannya adalah
batch semester 8 yang dah habis belajar :( So this post is purposely made as
#appreciationpost for them :)
They
are special. I knew everyone in the batch, but sadly didn’t have much memories
with everyone. We weren’t that close, but some of them just did something worth
to be remembered. :)
------------
Kali
ini seorang Ai bercerita tentang kakak-abang yang dikenalinya sejak zaman muda.
Kakak-abang yang menjadi idola, sumber insipirasi dan kekuatan. Tak mampu aku
sebut semuanya, tapi akan aku tuliskan untuk mereka yang pernah ada. :)
Zaman
muda, ada kakak-kakak usrah yang menyambut kanak-kanak riang ini dalam bulatan
keluarga, berkumpul di At-Taqwa. Pesan naqibah selalu, “kita jauh dari
keluarga, jadi kita perlukan keluarga di sini untuk saling mengingati”. Aku tak
pernah ikut Usrah sebelum aku kenal mereka. Aku orangnya dulu sangat skeptikal
dengan bulatan kebahagiaan ini. Tapi akhirnya aku faham, seperti politik, yang
menjadi cerminannya adalah manusia yang mengelola. Kalau cantik orangnya,
cantik juga imej dalam cermin, kalau tidak, maka tidaklah pula cermin yang
bersalah :)
Dari
hari pertama, mula orientasi dalam bulan puasa, aku kenal seorang abang. Ya,
zaman muda dulu dipaksanya kami panggil mereka abang, terbawa-bawa juga sampai
mereka tamat pengajian. Manusia ini sangatlah dibenci seisi batch, sebab dialah
kepala kepada segala kesusahan seminggu suai kenal itu. Hari pertama suai
kenal, aku collapse 😂, tak, bukan sebab beliau, tapi
sebab itu memang lumrah seorang Ai bila tak cukup makan. Manusia inilah yang
datang tanya khabar, kenapa boleh collpase, kenapa tak makan banyak-banyak dan
siap pesan, “esok jangan pengsan dah, tak adil untuk kawan-kawan”. Ada seorang
lagi yang direhatkan malam itu kerana cedera. Kami dua duduk di tepi rubin,
sedangkan kawan-kawan lain masih tekun menghafal dan menyanyi tiga rangkaian
lagu – hanya IB asli yang faham :) Dalam masa itu, datang manusia tadi bersama
telefon bimbitnya, menyuluh lirik untuk kami dua menyanyi turut menyanyi
bersama.
Ada
banyak lagi episod sepanjang seminggu itu, termasuk insiden nangis-nangis
dengan lakonan beliau, tapi seminggu itu sajalah yang ada. Cuma satu nak cakap,
terima kasih jadi driver, walaupun bukan sebab aku, sebab adik dia je kan
senanya :p
Beralih
cerita kepada seorang masyhur dan ternama. Kalau sebut sahaja namanya, seluruh
rakyat IB pasti mengenalnya, baik para mahaguru mahupun mahasiswa. Seperti
namanya juga, beliau umpama petunjuk dan dorongan buat orang lain, terutama
buat adik-adik. Cekap saja mindanya mengesan potensi kanak-kanak baru kenal
dunia, lalu dihantar mereka ke taska yang mengasah bakat mereka. Pesannya
selalu, “abang nak korang aktif, apa saja yang korang boleh buat, apa saja
bakat korang, jangan diamkan.” Kerana seorang inilah, aku berkenalan dengan
dunia Teater, bukan untuk lakonan, tapi untuk sesuatu yang lain. Dialah juga
yang memberi kepercayaan untuk aku kendalikan acara sendiri, tanpa co-host
ketika aku masih baharu dalam dunia itu. “Kau kena belajar handle sorang”,
katanya.
Dua
orang lagi yang dikenal rapat kerana Teater; seorang bahagian bunyi &
suara, seorang lagi bahagian pengurusan. Si Penata Bunyi, seorang yang kreatif
dan bijak, bukan sekadar bunyi, bahkan skrip juga hasil nukilannya. Yang
seorang lagi, sifu seorang Ai dalam pengurusan, bukan hanya Teater, sampai ke
Inovasi juga :) Mereka ini juga seperti manusia-manusia dalam AAJC1, boleh di
hai-hai bila berselisih di jalanan.
Dan
kakak-kakak sumandak di aras, yang selalu cantik dan baik hati. Juga
kakak-kakak idola aras atas. Tak lupa juga seorang bujangan dengan madah puitis,
juga seorang insan peliks yang aku telah coretkan dalam AAJC1. Mereka telah
tamat pengajian, meninggalkan hanya kenangan di sini.
Untuk
semua yang berakhir semester ini;
Selamat
maju jaya semuanya. Terima kasih untuk bantuan, sokongan, nasihat, tunjuk ajar
dan teladan kalian.
DIA yang mengirim kalian, DIA juga yang membalas segala kebaikan kalian.
Comments