Salam and hi people :)
Ini ialah dua kupang aku tentang isu ‘lif empat tingkat’
yang jadi isu dalam sehari dua lepas. Cerita ini mungkin hikayat benar, mungkin
juga dongeng khayalan. Anda tentukan.
Senario
Mulanya dengan seorang dak IB, quote tweet YB kawasan
dengan menyatakan masalah lif kat asrama yang dah lama tak dibaiki, kesian kat
penghuni asrama tu nak naik sampai aras 4 tanpa lif.
Diikuti dengan respon daripada bukan warga IB tentang isu
lif ni. Kata netizen di Twitter, pelajar IB ni manja sangat, nak naik sampai
tingkat 4 pun kena ada lif. Biasa di universiti sampai aras 5 memang tak ada
lif pun, tapi #gradjugak dan boleh je hidup. Setakat aras 4 dah mengada minta
lif bagai. Kata mereka lagi, YB kawasan ada banyak lagi isu rakyat nak
diselesaikan, setakat lif 4 tingkat ni remeh sangat. Kalau nak minta baiki pun,
minta dengan mpp dan pengurusan, bukan dengan YB kawasan. Ada juga yang fikir
bangunan ini mewah sebab 4 tingkat je dah ada lif. Kata mereka juga, IB kan
buat pemilihan pelajar dengan ujian kecergasan, takkan pelajar-pelajarnya tak
fit? Naik empat tingkat pun merungut?
Rata-rata responnya begitulah.
Ada juga balasan daripada pelajar IB yang kebanyakannya
panas dan tak senang duduk dengan respon yang diberi netizen. Balasan daripada
golongan ini pula mengheret perbahasan kepada isu-isu lain seperti elaun, lif
bangunan 13 tingkat, masalah air, dsb. Tak kurang juga yang membawa isu
perbandingan IB dan Uni.
My Dua Kupang
Isu ni bukanlah sangat isu IPG vs Uni. Sebab IPG yang ada
bangunan tinggi-tinggi ni IB je senanya.
Kenapa tak minta dengan mpp dan pengurusan? Sesungguhnya
kalau masalah boleh selesai di situ, dah lama ia selesai :)
Bangunan yang dimaksudkan bukan hanya 4 tingkat, tapi 6
tingkat. Sebab tu ada lif. Penghuni hanya sampai tingkat 4, sebab masalah
teknikal (macam lif, dan masalah blackout kalau aras 5/6 digunakan). Penghuni
kat sini dah beberapa kali berpindah randah sebab masalah air dan elektrik.
Pindah ke mana? Ke asrama atas bukit, ada satu masa tu, menumpang bilik
kawan-kawan sampai 3-4 orang sebilik (yang asalnya hanya untuk 2 orang).
Tapi
selepas ada ambilan baharu, asrama atas bukit tak lagi mampu menampung pelajar,
jadi sebahagian mereka perlu kembali ke asrama 6 tingkat tadi. Sekarang ni
alhamdulillah, mereka masih mampu pergi kuliah dengan baju kurung dan tudung
lilit lawa-lawa, kasut heels, jinjing laptop dengan mendaki tangga 100 dan naik
bukit, naik pula ke bilik kuliah di tingkat 3 dan 4 bangunan akademik. Taklah
susah macam di universiti yang jauhnya dari kolej kediaman ke fakulti memerlukan
kenderaan, perlu berebut naik bas untuk sampai. Di IB ni, setakat jalan saja.
Benar, tak susah sangat pun. Mereka masih hidup :)
Dan benar, memanglah manja kalau difikirkan setakat empat
tingkat itu pun minta lif. Oh ya, bukan minta lif pun, minta dibaiki lif sedia
ada. Memang manja betul budak-budak ni. Boleh je kan naik tangga?
Saya fikir begini, mereka yang merungut ni tak bermakna
mereka tak boleh survive. Kemudahan yang ada itu hak mereka yang menghuni kolej
tersebut. Untuk kegunaan mereka. Siapa lagi nak bersuara kalau bukan mereka
yang menetap di situ? Voicing out, is the least they can do. Kalau depa pandai
repair sendiri, nescaya dah lama depa repair sendiri. Cuba pikiaq pasaipa depa
komplen? Sebab kemudahan tu hak depa laa. Hang takmau kemudahan tu hang punya
pasai. Tempat hang pun kalau masa mula-mula hang p daftar ada lif, tiba-tiba
takdak lif, hang pun komplen laa. Orang semua nak senang laa sapa ja nak susah
-_- Hang pun kalau duduk kat tempat depa, hang komplen gak aih.
Sorry masuk mood beletiaq memang kena tukaq dialek :p
Bila hang tak komplen, orang ingat hang okay, tak susah,
takdak masalah. Lepastu masalah tu akan terus jadi masalah la. Bila hang
komplen, orang akan cakap hang manja, tak bersyukur dan tak positif. Dia macam
harga ayam naik, takyah makan ayam, makan sayoq ja. Tak mati pun, ada makanan
jugak -_- Entahlah, kalau bersyukur memang tak perlu nak baiki keadaan ka?
Kalau positif memang tak boleh nak maju ka? Salah ka kalau kita nak keadaan
yang lebih baik?
Kalau masalah ni tak selesai pun, ada ka depa ni nak dok p
buat rusuhan ka mogok tak p kelaih ka? Depa besiap gak p kelaih macam orang
lain. Awai pulak tu. Belajaq jugak, buat esaimen jugak, tak mati pun aih. Tu
pun orang kata tak positif, tak bersyukur.
Tahukah anda, bukan semua manusia dalam negara ni macam
anda, yang boleh buat kerja tanpa dibising-bising terlebih dahulu. Hampa takdak
ka pengalaman order makanan tak sampai-sampai, lepaihtu kena p tanya dua tiga
kali baru order sampai? Orang meja sebelah tak marah, sebab bukan makanan dia
yang tak sampai tu.
Komplen atau merungut ni bukanlah 100% tak bagus, ada masa
kena komplen jugak. Dan menjadi positif, tak bermakna kita kena berhenti
berusaha. Kalau dah peluang depan mata, tak salah mencuba. Kalau tak dapat
jugak, sekurang-kurangnya kita mencuba. Benda-benda kecil ni tak boleh jugak dipandang
remeh.
------ Isu lif sampai sini saja----------
Kebanyakan suara-suara kecil ini tak didengari, Ada juga
kadangkala disuruh diam dan bersyukur dengan apa yang ada. Tanpa apa-apa alasan
yang kukuh, ada hak yang diambil, lepastu dia boleh cakap kat kita kewangan dan
ekonomi kukuh. Buat projek juta-juta ada peruntukan. Tapi potong peruntukan kami,
disuruhnya kami bersyukur. Ini bukan soal sara diri saja, tapi untuk program,
baiki kemudahan pun. Iya lah, kami ni kan tak penting :) Taktau lah nak kata
sapa yang tak bersyukur, orang yang menuntut hak sendiri ka orang yang ambik hak orang
lain.....
Maaf salah silap. I rest my case. :)
Comments