Assalamualaikum
and hi! Harini dah 29 Disember 2018. Soon it’ll be 2019! So here I am, writing
my wrap up for 2018. It has been a really good year for me. Disebabkan aku tak
dapat nak tulis dan cerita satu-satu kejadian tahun ni, aku akan tulis my best
nine sekaligus. Tapi bila tulis semua ni macam panjang sangat so I’ll seperate
them to different entries.
Part
1: Leadership
#1 :
JPP
I
started my 2018 being uncertain about this one. But now that it’s nearly over,
I’m happy I choose to say yes at the eleventh hour. Seronok ke jadi JPP? Yup,
sangat. Aku tak tahu la kalau orang lain, but for me personally, I enjoy my
time with the team. Kebanyakan ahli JPP ni aku bukannya kenal sangat masa awal2
tu. Kalau yang kenal pun tahu nama je lah. Banyak benda best jadi JPP ni. Yang
paling penting kau akan dapat banyak sangat pengalaman dan pengalaman tu akan
mematangkan kau. Ceyy. Kena banyak berkorban, tak boleh nak berkira sangat,
kena peka dengan keadaan tapi tak boleh cepat react, mesti cool and steady.
Masa ni jugak kau belajar kenal macam-macam jenis orang, bukan setakat kenal
je, tapi belajar macam mana nak handle sekali.
Antara
the best moment dalam team ni adalah masa kem kepemimpinan & orientasi
adik2 pp. Walaupun kem kat IB je, tapi dapat bonding dengan team. Masa
orientasi pp pulak memang tak cukup masa. Mana nak kejar kelas, nak pikir pasal
adik2 lagi, dah makan ke dah siap ke dah bangun tidur ke. Kau nampak lah betapa
bertanggungjawabnya semua orang time ni, walaupun sebelum ni kau tengok dia
macam tak ambil kisah.
Cuma
tu lah, aku kekadang tak dapat nak beza part mana yang prank, part mana yang
betul2. Sis stress okay. And yes, aku masih dengan prinsip aku sejak aku
orientasi aku dulu. Tak campur sangat la part prank tu. Aku kalau marah sebab
benda tu salah je. Ko tak salah aku nak marah buat apaa gilaa.
#2 A
Skincare Talk by Iman Abdul Rahim
Another
big things that happened to me when I joined JPP is organising an event on my
own. Sesungguhnya menjadi mastermind kepada event (walaupun event kecil)
amatlah mencabar. Awal2 tahun, ada 2 program yang aku usulkan dalam kertas
kerja. 1 program besar, 1 lagi yang biasa je. Sebabnya, seperti yang kita boleh
jangkakan, susah untuk projek2 besar dapat dana walau gempak macam mana pun
planning kau. Masa aku hantar kertas kerja ni, aku memang berharap sekurang-kurangnya
1 program yang kecik ni menjadi. Alhamdulillah, dengan bantuan pensyarah
pembimbing, dapat cut cost sikit and antara program yang diluluskan dan dapat
dana agak banyak jugak hee :)
Mula
contact Kak Iman masa bulan Februari, masa tu tengah buat paperwork lagi. Kak
Iman cakap okay & bagi range payment. Sepatutnya program tu bulan Julai,
tapi postponed ke Oktober. Alhamdulillah, everything went well. Kalau aku
sorang-sorang benda ni takkan mungkin dapat jadi, but thanks to my fellow JPP,
HEP, Sponsorship :p, adik2 puteri PISMP D6, my batchmates Hazel & Debby (i
love you two so much) and also semua yang datang masa program tu sama ada
terpaksa atau tak (yang tak terpaksa tu sayang lebih sikit :p). Maaf terkurang
kat mana-mana :p
This
might be nothing to everyone else, but this one matters the most to me.
Daripada nak handle orang, komunikasi, melawan rasa takut diri sendiri, nak
hadap segala masalah dan selesaikan segala konflik, penat yes memang penat. Apa
lagi bila nak buat benda yang orang tak pernah buat. Dengan event ni aku betul2
belajar kenal orang yang supportive dan sentiasa cuba ringankan tugas aku
(walaupun ko rasa dorang cam dingin but yeah they are warm at hearts). Untuk
semua yang menjayakan, moga kebaikan kalian dibalas dengan kebaikan. I’m very
thankful :)
#3 Sukarelawan
Konvokesyen IPGM
Next,
Konvo IPGM. Biasanya orang panggil petugas konvo tapi tahun ni lain sikit,
dipanggil sukarelawan. Tapi apa pun, sama je la kerjanya. Aku 1st
time join petugas konvo ni & banyak lah benda-benda baharu yang aku dapat
belajar. Daripada tak tahu pun istiadat konvo dan proses konvo semua, sampai
dah boleh dispense transkrip :p Nak kata susah, takde lah susah mana. Tapi
memang menuntut ketahanan fizikal dan mental. Konvo tahun ni buat kat kampus sendiri,
so tak susah sangat nak faham selok belok tempat.
Kerja
petugas konvo ni dibahagikan ikut kampus masing-masing. Ada yang jaga dalam
dewan, ada jaga luar dewan, ada jaga jubah, ada bahagian transkrip. Petugas
kampus aku on duty untuk perarakan masuk graduan dari luar dewan. Kerja kami
adalah kumpulkan graduan ikut course masing-masing lepastu bawak dorang
berbaris sampai ke dewan. Macam simple je kerjanya tapi ye silalah cuba sendiri.
Cabaran jugak lah nak kena ingat setiap section untuk course apa, batch ni kat
tingkat mana bahagian mana. Kalau kau salah bagitau kang sesat dorang. Dah lah
satu sidang tu bukan sikit-sikit okay beratus orang nak kena hadap. Course pun
banyak, batch lain-lain, nama program lagi lain. Tu baru 1 part. Belum lagi
part nak kena mintak dorang buat baris elok-elok, tengok pakaian dorang okay ke
tak, jubah pakai betul ke tak, dengan ada yang tak bawak pin bagai. Ada pulak
yang sampai lambat, tak siap apa-apa, kita kena tenangkan dulu, siapkan dia
dulu baru boleh bagi masuk dewan.
Tapi
best. Serius best dapat bertugas. Seronok tengok orang konvo, seronok sebab
kerja ktorg habis awal, lepas graduan masuk dewan, habis la. Pastu boleh makan
dan makan, memang kat pesta konvo tu muka petugas IB je lah. Seronok dapat kerja dengan satu team yang best
lah. Ish apa lagi nak cakap memang best. :)
So that's it. See you in part 2 :) Adios.
Comments