Salam and
hello people! How’s life?
Mine
was..... Blessed.π
To be
honest, I’m not really sure how to write about this, but yeah, I’m 21 and officially
diagnosed with hypothyroidism. I’ve promised myself that I’ll write this entry
when the official results come out. So here’s the story. Warning: kalau tak
paham translate sendiri.
***
7 November
2018. Plan nak p tengok wayang dengan Adik, cerita Gol & Gincu 2. Sepatutnya
bersiap awal pagi sebab kena ikut Inche Abah p kerja dulu (sebab wayang tu
dekat dengan tempat kerja abah). Tapi bangun pagi tu rasa macam teramat penat
dan sakit kat leher. Salah tdoq la kot. Ingatkan nak rehat ja laa so cancel la
nak p tengok wayang tu. Tapi macam sakit dia lain macam. P tengok kat cermin
kot la bengkak ka apa. Tapi hmmmm I couldn’t tell. Macam ya macam tidak.
Long story
short; Inche Abah found out I was in pain and force me to go to clinic.
Masuk ja
bilik doktor, doktor tengok dan terus cakap, “Ni thyroid ni. Bengkak macam ni
bukan baru, dah berbulan dah kalau macam ni”.
Doktor pun
belek-belek rekod lama. Kata doktor, 2014 pun ada rekod sakit jugak. Tapi
seingat aku masa tu makan ubat terus lega dah. Nobody thought it was serious.
Doktor ambil darah dan bagi lah ubat untuk tahan sakit dan surutkan bengkak tu.
Keesokan harinya
dah dapat keputusan darah. Memang positif hypothyroid. Doktor pun buat surat,
rujuk kepada hospital kerajaan supaya senang nak buat rawatan ka apa.
***
11
November 2018. Aku pun p la ke hospital kerajaan dengan surat dan keputusan
darah yang doktor dah bagi. Tot tet tot tet bila jumpa doktor kat hospital,
kena la ambil darah lagi sekali. Sebabnya keputusan darah dari swasta tak
berapa nak diiktiraf la gituuu (mahai kot bayaq yang swasta tu -_-). Lepas
ambik darah, ambik tarikh untuk next appointment dan tarikh untuk scan thyroid
tu. Kena tunggu sampai Februari okayyy baru dapat scan tu sebab ikut turn.
Next TCA
(appointment untuk review keputusan darah) – 2 Disember 2018.
Sementara
tunggu tu sempat jugak lah berubat kampung kat Perlis. Dulu-dulu ikut Umi ja p
berubat, sekarang dah kena berubat diri sendiri. Boleh google ada ja orang
cerita pasal Mak Wan yang mengubat macam-macam jenis ketumbuhan.
Mula-mula
aku takmau p, sebab kena pantang ayam. Like, ayam kot, kalau benda lain gagah
lagi. Huhu. Tapi dah kena paksa kan, p jugak lah. So sampai sekarang masih lagi
pantang ayam dan pisang, selagi tak habis berubat tu. Setakat ni alhamdulillah,
dah makin okay dah. Makan tak susah pun, banyak lagi benda lain boleh makan :p
***
2 Disember
2018.
Dua hari
lepas, jumpa Doktor semula untuk keputusan darah dari hospital. Dan
keputusannya sama dengan keputusan klinik swasta. Doktor pun dah bagi ubat untuk
ditelan setiap hari.
Oh ya, masa dok tunggu giliran tu ada orang tanya, "mai check anak ka?" sambil pegang perut. Hmmm padan muka dok tak puas hati sangat orang ingat budak sekolah π
***
Hypothyroidsm? Benda apa?
P/s: I'm not a doctor. Penerangan ni setakat yang aku faham ja lah.
Thyroid ni
adalah organ dalam badan kita, kat leher. Sakit thyroid ni secara mudahnya ada
dua jenis, satu hyper, satu lagi hypo. Ala macam kita belajaq zaman SPM dulu
tu, kalau hyper maknanya hormon yang thyroid hasilkan tu lebih, kalau hypo maknanya
kurang. Ada la nama hormon dia apa ntah.
Bila kena
hypothyroid ni jadi macam mana?
Nampak
normal ja. Tak sakit, tak kena tahan kat wad pun (setakat ni la). Cuma ada lah
sistem dalam badan yang akan terganggu dan menyebabkan keadaan macam cepat
penat, mood swings, hair loss dll. Banyak la side effects dia. Part cepat penat
ni aku baru perasan aku pernah tulis dalam entri tahun 2016. (click here) Pffttt. The power
of writing.
Bila
tengok balik tanda-tanda penyakit tu, everything make sense. Aku rasa macam
benda-benda tu semua dah lama dah ada, tapi dah sebati dengan diri sampai tak sedar
pun penyakit tu tengah buat kerja dia. Sapa yang rapat dengan aku tahu lah. Pipi pau tu pun bukan pau, tu simptomπ. Jadi untuk yang pernah nampak atau
terkena tempias mood swing ka stress ka kena marah tak tentu arah ka kena cancel plan last minute sebab aku tiba-tiba
malas nak keluaq ka............... ampun maaf dipinta, Hehe.π
Rawatan?
Makan ubat......... cuba setahun 1/2 dulu, dan mungkin sampai bila-bila. Check up 3 bulan sekali.
Dan
banyaklah benda yang tak elok untuk dimakan (ni sumber google). Tapi doktor
cakap makan ja apapun, jangan tak makan sudah. Muehehehe.
*
So that’s
all. The reason to post this just for myself to read it sometime later. Dan
untuk orang yang tanya-tanya – because I’m tired of explaining the same thing.
Btw, I found an article I can relate to.
Comments