Bukan Kerana Nama


Halu people. Dah lama tak menulis kat sini. Inipun baru sedar sebab ada orang tegur blog dah lama sepi tanpa khabar. Bukanlah berhenti mencoret khabar pun, cuma banyak luahan hati dicatat terus dalam telefon. Mana terfikir nak buka blog pun😏.

Mencatat bukan untuk bacaan orang rasanya lebih tulus. Sebab tak perlu memikirkan hati-hati lain yang bakal terguris. Tak perlu ditapis dan difikirkan kata yang halus dan baik-baik saja, hanya untuk menunjukkan diri ini tak mahu bertelagah dengan sesiapa.

Tapi ada masanya meronta juga jiwa untuk mencoret rasa biar dibaca dan dinilai, rasanya seolah-olah sedang meluah rasa pada seseorang yang wujud. Walaupun hakikatnya tiada siapa-siapa. Tapi rasanya puas dan lega. Sekurang-kurang telah dilepaskan segala aura-aura negatif yang berlari-lari dalam kotak fikiran.

Dan untuk bacaan orang haruslah halus sehalus-halusnya. Kata Tuan Guru, "kalau menulis marah atau mengecam seseorang, jangan disebut namanya dalam penulisanmu, kelak susah hidupnya, dan dia akan menyusahkan dirimu."

Biarkan orang meneka-neka, kalaupun ada. Banyaknya orang tidak peduli jauh sekali tersentuh hati. Cukuplah menulis hanya menyenangkan jiwa sendiri, mengejar nama jauh sekali.

Till then, adios.👋