FYP - Intro

Assalamualaikum dan hai semua!



Entri kali ni dan beberapa entri akan datang aku dedikasikan untuk sesiapa yang memerlukan. Eheh. Untuk yang pertama ni, aku akan cerita dulu asas tentang FYP atau Final Year Project. Basically, fyp ni projek berbentuk kajian yang perlu dilakukan oleh semua pelajar untuk dapat ijazah.

Tapi sebenarnya kat ipg, atau lebih spesifik kat IB (tmpat aku belajar), kami tak panggil fyp. Kami guna tesis/ penyelidikan/ kajian/ research. Jadi mana-mana istilah ni yg aku guna merujuk kepada benda yang sama lah. Nota: tesis sebenarnya tak berapa tepat, tapi guna jugak istilah tu :). Dan fokus aku lebih kepada penyelidikan pendidikan yg dilaksanakan di ipg. Kat uni, aku tak tahu macam mana.

Sebelum aku nak cerita tips & thoughts dan perjalanan aku menyiapkan kajian aku ni, elok la aku terang dulu asasnya. Aku yakin ada ja adik-adik yang tak boleh nak bayangkan pun kajian ni macam mana. Lagi-lagi yang belum masuk kelas asas penyelidikan.

PENGENALAN


1. Buat penyelidikan ni syarat wajib nak grad.

2. Penyelidikan ni akan dibukukan macam ni. Proses nak bukukan ni jugak disebut jilid / bukram.



3. Dalam buku ni, ada 5 bab yang menceritakan segala proses dan hasil penyelidikan.

4. Peringkat awal, masuk kelas asas penyelidikan. Dalam kelas ni akan didedahkan cara nak buat kertas cadangan atau proposal. Aku belajar kursus ni masa sem 6. Mungkin akan berubah mengikut batch masing-masing.

5. Proposal ni sebenarnya adalah Bab 1 - Bab 3 dalam penyelidikan yang korang akan bukukan nanti.

6. Lepas dah lulus proposal, baru boleh buat kajian sebenar.

7. Ada 1 lagi kelas penyelidikan masa sem 8. Kelas ni akan ajar Bab 4 - Bab 5 sampailah bukram, buat artikel dan viva.

8. Viva ialah pembentangan lisan untuk mempertahankan kajian yang dilakukan. Akan ada panel yang akan menilai (bukan penyelia).

9. Setiap orang akan dapat penyelia / supervisor / sv masing-masing. Penyelia yang akan bimbing setiap pelajar sampai siap kajian. Penyelia jugak yang bagi markah untuk bukram dan artikel. Pemilihan SV ni tengok keadaanlah macam mana. Zaman aku, pensyarah yang pilih pelajar. Ada yang pilih berdasarkan tajuk, ada yang pilih sebab dah kenal pelajar atau sebab pelajar tu dah minta nak diselia oleh pensyarah tersebut. Ni zaman aku di ipg aku lah, kami ada 30 org lebih je. Jadi senang la pensyarah nak pilih. Boleh jadi turn korang nanti pelajar yang pilih pensyarah, atau ditetapkan terus, takde pilihan dah. Anything can happen. 

10. Penyelidikan untuk batch ambilan 2015 (senior setahun lah dgn aku) dan seterusnya  berbeza dengan seniors terdahulu. Sebabnya sebelum ambilan 2015, dorg buat penyelidikan tindakan / PT/ action research. Mula ambilan 2015 dah buat penyelidikan yang lebih luas dan umum, tak terhad kepada PT semata-mata. Kalau di ipg aku, memang tak buat dah PT. 

Tu je lah kot asas seasasnya yang korang perlu tahu. Nak lebih terperinci boleh tengok entri seterusnya!

Disclaimer: Semua benda yang aku cerita dalam FYP The Series ni adalah solidly daripada pengalaman sendiri sahaja, tertakluk kepada tempat dan masa yang aku lalui. Jadi mungkin akan ada beza sikit-sikit dengan zaman korang. Mungkin 5 tahun akan datang, benda ni dah tak valid? Kita tak tahu.

Till then, adios!


Comments