Hi, everyone!
Dah pertengahan bulan Mei, 2020. Sepatutnya beberapa hari lagi dah hari terakhir hantar bukram, dah packing barang nak tinggalkan IB selamanya. Giteww.

Siapa sangka, itulah hari terakhir jumpa mereka. Huhuhu. Hari terakhir bye bye rumet dan batchmate yang masih di asrama. PKP ni dari 18 Mac haritu sampai harini dan 18 Mei masih tak habis2. Tak tahu bila nak habisnya. Tak tahu sama ada akan disambung lagi atau fasa ini fasa terakhir. We never know.
Awal-awal tu aku rajin jugak tengok updates daripada KKM. Siap tengok live sidang media sebab nak dengar sendiri apa DG nak explain. Tapi lepas kes dah makin kurang, aku pun sibuk siapkan fyp then tetiba dah puasa. Akhirnya tengok update berapa kes harian je lah. Banyak masa buat benda lain :p
Ohhhh yaa! Online Class! Hahaha. Tak sangka eh akhir2 ni semua kursus ada platform belajar online masing-masing. IPG memang a week after PKP tu terus dah mula kelas online. Dah la tengah2 minggu submission. Perghh power la. Mana nak kejar hal kat rumah lagi, nak join kelas, nak settle tutorial, nak siapkan esaimen lagi. Lagi struggle aku rasa untuk juniors yang banyak subjek dengan pelbagai karenah lect. Tak masuk hal internet yg kejap ada kejap takde. Aku steady lagi la subjek ada 4 je, lect pun memahami tak bagi kerja banyak2. Final year dah kan.
Sekarang ni dah masuk fasa PKPB. Longgar sikit daripada PKP. Lebih ramai yang boleh keluar bekerja, kedai2 dah boleh buka macam biasa, roadblocks dah kurang, dah boleh rentas daerah. Kedah pun dah jadi zon hijau. Tapi tulah, virus ni tak boleh nak jangka. Rasa macam dah okay, ramai orang dah mula langgar penjarakan sosial, mula rasa selamat. Dia boleh serang balik bila-bila masa.
Ramadan dan raya tahun ni sangatlah lain. Aku grad pun lain macam. Sepatutnya dah settle semua sebelum raya, tapi sekarang ni lepas raya baru exam. Bukram pun tak sure lagi nak kena hantar bila. Kawan-kawan yang haritu terkandas kat asrama dah pakat balik kampung masing-masing. Farewell pun main lambai-lambai dari telefon saja. Konvo? Posting? Konvo memang ditunda ke tahun depan (itupun kalau tahun depan dah boleh buat mass gathering). Posting tak tahu lah. Dah mula isi borang-borang tapi tentang interview tu macam tipis je harapan dalam keadaan sekarang. Sekolah pun tak buka lagi.
Planner Teme pun tinggal kat kampus dengan harapan PKP kejap je. Sekali 3 bulan daaaa........
Tu je lah kot nak bebel. Nak sambung tengok Kdrama. Mueehehee.
Till then. Adios.
Comments