FYP - Proposal Part 2

Haii :)

Bertemu lagi selepas berbulan-bulan tak menulis. Kononnya nak buat sambungan Proposal lah, tapi sampai dah nak posting ni masih lagi tak bergerak 😂 Disebabkan aku pun tak yakin yang aku boleh habiskan perkongsian kat blog, jadi aku dah ambil pendekatan untuk kongsi di ig story untuk juniors yang tengah pening-pening lalat nak siapkan kajian dorang 😏. Kat situ sharing lagi ringkas lah, kebanyakannya berdasarkan persoalan yang dorang selalu tanya.

Harini baru terasa rajin sikit (atau terpaksa rajin) sebabnya tengah menghitung hari nak masuk sekolah sebagai guru novis. hewhew. Jadinya nak habiskan tulis tentang pengalaman buat kajian yang tak seberapa ni sebelum sibuk dengan hal-hal dunia yang lain. Lepas ni, kalau orang tanya bab kajian ni mungkin aku pun pening2 jugakk sebab dah lama tinggal.


Dalam entri lepas, aku dah kongsikan cara kenal pasti tajuk & penyataan masalah. Itu asasnya untuk bab 1. Selain penyataan masalah, objektif dan soalan kajian pun kena tentukan betul-betul supaya kajian tu ada hala tuju yang jelas. Benda ni sangat teknikal, memang kena rujuk penyelia dan pastikan betul-betul sebelum bergerak ke bahagian lain.

Objektif Kajian
-
Aspek apa yang nak dikaji? Keberkesanan? Persepsi? Pengetahuan? Masalah?

Soalan Kajian 
-datangnya daripada objektif kajian yang ditukarkan kepada bentuk soalan.

Kenapa soalan? Kalau ada soalan, jawapannya kat mana?
Jawapan untuk soalan kajian ni sebenarnya merujuk kepada data yang akan kita dapat. Sebab itu, pentingnya objektif & soalan kajian ni. Nak buat instrumen pun mesti berpandukan soalan ini supaya kita tak tersilap kaji benda lain. 

Tips: Semasa tentukan objektif & soalan kajian ni, kita dah perlu ada gambaran kaedah/method yang akan digunakan. Contoh, kalau objektif "keberkesanan sesuatu teknik", kaedah yang digunakan biasanya kuasi-eksperimental @ kajian tindakan. Kalau objektif kajian untuk mengkaji "persepsi guru terhadap sesuatu teknik", kajian yang biasa digunakan ialah kajian tinjauan.

Pastikan objektif & soalan kajian:
1. Tidak terpesong daripada penyataan masalah
2. Sesuai dengan kaedah / metodologi kajian



Bab 2 : Tinjauan Literatur

Seterusnya, bab yang paling tidak digemari kebanyakan orang 😆 

Paling penting dalam bab 2 ialah RUJUKAN. Setiap yang ditulis itu hendaklah berasaskan fakta, bukan andaian sendiri. Dan fakta pulak hendaklah disokong oleh banyak sumber. Tak boleh rujuk 1 sumber / 1 artikel sahaja. Tak boleh, tak masuk akal dan mustahil.

Ada 2 perkara utama yang perlu diselesaikan dalam Bab 2;
1. Fokus kajian, perkara yang nak dikaji
2. Teori / Model yang menjadi asas kajian

Daripada 2 perkara itu, pengkaji akan bina 1 kerangka konsep yang menggambarkan kajian. Jadinya tak boleh main pilih teori sembarangan sahaja. Teori yang dipilih mesti ngam dengan fokus kajian dan metodologi kajian supaya senang nak buat kerangka konsep tu. Untuk peringkat degree, tak perlulah kerangka konsep yang terlalu rumit, cukup sekadar boleh mengaitkan fokus kajian, teori dan hasil kajian. Tapi kalau pensyarah awak luluskan kerangka konsep yang rumit, boleh je.

Tips: Penulisan Bab 2 sangat berkait rapat dengan kandungan instrumen. Jadi, carilah rujukan yang menjurus terus kepada soalan kajian. Kalau dalam soalan kajian sebut tentang "masalah guru dalam pentaksiran bilik darjah", cari rujukan yang menyatakan masalah-masalah tersebut. Senaraikan dan tulis dalam Bab 2. Apabila nak buat instrumen nanti, fakta dah ada. Hanya edit sedikit sehingga jadi bentuk item / soalan 😎 Instrumen soal selidik ke, ujian ke, temu bual ke, senarai semak ke, semuanya perlu fakta. Kalau tak nanti, awak target nak kaji benda lain, tetiba instrumen awak terkaji benda lain. 

Dah, tu je yang boleh cerita pun. Selebihnya memang perlu teroka sendiri, try and error je dulu bagi yang belum dapat penyelia. Kalau dah ada penyelia, boleh rujuk beliau terus. 

Bab 3 akan bersambung dalam entri berikutnya. Sebab bab 3 ni bukan sekadar membaca, merujuk dan meng-copy-paste 😏, sebaliknya penuh dengan perkara amali yang mesti dikerjakan. Kena jumpa orang, kena berhubung dengan orang, kena terima, kena tolak, kena fikir, ahhhh macam-macam lagi!

Till then, see ya!💗

Comments