Penantian Berakhir

Ogos 2021 | Muharram 1443

Salam alaik ☺

Post terakhir bulan Februari. Tiba-tiba sekarang dah Ogos. Dah masuk tahun baharu Islam pun. 

    Post terakhir sebelum ni ceritanya tentang proposal. Ada 1 lagi post tersimpan dalam draft, cerita tentang kajian jugak. Tak tahu lah bila keluarnya tu. Tak rasa nak lepaskan sekarang. Nantilah tengok semula. Tak ingat dah kenapa dia tersimpan dalam draft, tak diterbitkan terus.

    Awal Februari itu, masih sibuk nak cakap tentang kajian. Rancang dah macam-macam. Tapi sampai sekarang tak habis-habis lagi ceritanya. Junior setahun dah pun graduate, alhamdulillah. Seronok tengok yang selama ni runsing, struggle, susah nak faham, macam-macam dugaan yang mereka kongsi, akhirnya dah selamat siapkan satu naskhah, sedia nak bergraduat.

    Seterusnya, giliran junior setahun yang berikutnya pulak. Aku kenal rapat jugak dengan beberapa orang daripada batch tu. Harapnya sempat untuk mereka pula tahun depan (ye walaupun sepatutnya dorang dah gelabah sekarang, tapi kita semua tahu dorang rilek lagi 😂)



Penantian Berakhir

    Pertengahan Februari, dah dipanggil untuk melapor diri. Alhamdulillah, ditempatkan ke tempat yang tak disangka-sangka. Yang rasa mustahil dan ajaib sangatlah kalau dapat tempat tu. Adapun, perkiraan masa isi pilihan penempatan tu, memang nampak ada sedikit harapan disebabkan opsyen dan tagging aliran aku. Alhamdulillah. Rasa macam satu daripada hikmah aku ditawarkan dengan tagging aliran yang berbeza daripada permohonan dulu.

    Dalam masa menunggu untuk penempatan tu, banyak doa yang aku minta, nak tempat yang tenang, persekitaran dan orang-orang yang menyenangkan hati. Walaupun orang kata mustahil lah takda masalah, mana-mana tempat pun akan ada kekurangannya. Tapi aku tahu ada tempat macam tu, sebab aku pernah laluinya semasa praktikum. Aku percaya ada banyak lagi tempat-tempat yang menenangkan seperti itu. Cuma aku tak tahu di mana, negeri mana, daerah mana. 

    Benar, memang setiap tempat ada kekurangannya. Untuk bagi kita cabaran, dan untuk mengajar kita bersabar. Tak terkecuali tempat yang aku dapat ni. Tapi tak ada apa nak dirungutkan, sebab aku dapat tempat yang tenang, jauh lebih tenang daripada apa yang aku bayangkan. Tak terjangkau dek pengetahuan aku, adanya tempat setenang dan seistimewa ini. Sampai sekarang, kalau bercerita dengan orang, orang lain pun tak percaya adanya tempat macam ni.

    "Senangnyaaa!"

    "Waaaaa, biar betul?"

Ya, memang mudah. Mungkin lebih mudah pada pandangan orang lain yang tak melaluinya. Cabarannya ada, tapi alhamdulillah, bukan pada orang-orangnya. Cabaran pada tugas, tugas yang berat, komunikasi yang terhad. Dengan keadaan pandemik yang memaksa pendidikan dijalankan di rumah ni, memang terkesan. Tapi masih ada daya aku untuk menggalasnya, insyaallah. Tidaklah berat dan teruk setara mana. Dalam 6 bulan ni, aku sekarang rasa berada dalam ruang yang sangat selesa. Comfort zone. Selesa nak buat apa saja, nak upgrade diri, upgrade kualiti kerja, semua senang. Tak ada tekanan daripada sesiapa. Kerja banyak, tanggungjawab banyak, tapi semua rasa lancar saja. Rasa macam nak duduk sini selama yang boleh. Sekurang-kurangnya nak tengok yang tahap 1 sekarang sampai darjah 6. Nak lihat mereka membesar. 🥰

    Asalnya, kehendak hati memang macam tu lah. Tapi nak tak nak, tetap perlu hadap realiti. Mungkin hajat nak duduk sini 3-5 tahun, hanya akan jadi 1 tahun sahaja. Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Tak pasti apa perancangan Tuhan untuk aku, cuma setakat yang ditimbang tara setakat ini, nampaknya begitulah. Jadi, KPI yang aku nak kejar dalam masa 3-5 tahun ni, aku perlu segerakan dalam masa 1 tahun sahaja.  Mungkin dapat, mungkin tak. Antara yang paling penting, nak bawa bekal komunikasi yang lebih baik apabila tiba masanya di tempat baharu. Walaupun masih dalam angan-angan, tetapi hati dah terasa berat nak meninggalkan tempat ini.  😥

-----------------

Comments