Buat Syarat

Hey :)
Hari ini terbuka blog tiba-tiba.
Tak ada kerja yang perlu diselesaikan segera. Lagipun, esok cuti hujung minggu. Jadi rehatlah jap daripada buat kerja-kerja ni. Tapi badan dan minda macam tak boleh nak terus lepak tak buat apa. Jadi dah pukul 10 malam pun, ambik komputer riba, hidupkan. Lepastu baru terfikir nak tengok blog. 

Macam biasa, rutin apabila nak 'kemas habuk-habuk' kat sini, mesti kena tengok entri-entri yang lepas dulu. Apa eh last aku tulis kat sini? Bila last aku update? Dulu-dulu, apa je aku tulis kat sini? Apa rupa blog aku sekarang?👀

Tengok-tengok draf yang ada, tak diterbit sampai ke sudah. Ada yang aku pun dah lupa apa ceritanya. Ya lah, dah lebih setahun daripada entri terakhir. Entri terakhir tahun 2021, tahu-tahu sekarang dah bulan terakhir tahun 2022 😅

Hence, the title. Buat Syarat.

Asalkan ada je lah entri untuk 2022. Mungkin ni entri pertama dan terakhir untuk tahun ni. 



Bila tengok balik ke belakang, memang entri setiap tahun makin menurun. Ye lah, masa mulakan blog yang ni pun, orang dah tak blogging sangat. Aku je masih dengan blog dari entah tahun bila. Tak terkira berapa banyak blog yang dibuat dan dipadam, tak ingat dah nama-nama blog yang banyak-banyak tu. Tak sangka yang satu ni boleh kekal ada sampai umur dah 25 ni. 😌

Bercakap pasal umur, dulu pernah la ada entri yang cakap nak kahwin umur 23. Masa tu entah umur baru 17-18 kot. Entah apa dipikirnya. Calon pun takda.

Sekali sekarang, dah kahwin pun alhamdulillah. Hahahahah macam tak percaya ni 1st time tulis kat blog sendiri pasal kahwin ni 🙈 Life has been really fast for me. Lepas habis belajar tu terus zap zap zap benda jadi. Macam-macam. 

I already lost 3 favourite souls and closest to me. Aruah ayah, atok dan wan. Semuanya pergi pada tahun yang sama, 2021. Ayah dan atok selang 6 hari ja. Wan pulak dah masuk hospital beberapa hari sebelum aku bertunang, dan meninggal beberapa hari selepas aku bertunang. Kalau dikenang satu-satu kejadian tu.... memang masih jelas. All the thoughts, the heartbreaks.

Dan begitulah, hidup harus diteruskan.

Aku masih lagi selesa dengan tempat kerja sekarang. Cuma sekarang masih berjauhan dengan suami. Nak mintak pindah, syarat untuk pindah negeri mestilah 3 tahun berkhidmat di negeri sekarang. Aku baru nak menginjak ke 2 tahun. Masih belum cukup. Tak tahu lah apa yang Tuhan dah aturkan untuk kami. Cuma aku mampu mintak yang terbaik. Aku percaya perancangan Tuhan tak ada tandingannya dengan perancangan manusia.

Meninjau ke group orang-orang yang memohon tukar, ada yang sampai berbelas tahun masih pjj. Ramai mengeluh tentang sistem. Tak tahu kat mana yang tak kena. Aku ambik pendekatan jadi realistik ja. Kita usaha setakat yang mampu, jangan caras hak orang, dah sudah. Yang lebihnya biar Tuhan aturkan.

Rasa macam nak jugak sambung draf pasal kajian yang tertangguh. Walaupun dah takda adik-adik yang berhadapan dengannya. Pakat habis belajar dah. Tapi aku yang perlukan. Kena jugak sekurang-kurangnya tulis pengalaman. Mana tau nanti nanti nak sambung belajar takdak la hilang ingatan sangat.

Tu je lah. Sekian sahaja untuk tahun 2022. 😎

Comments