2018 Wrap Up Part 2


Part 2: BatchmatesπŸ˜†

Hello people! It’s part 2 of 2018 highlights (masa tulis ni dah 13 Januari 2019). This part will be all about the family I have here in IB, my batchmates.

#4 Ziarah Mahabbah

We went for a short trip to Kampung Orang Asli (not to mention which Pos) mainly to fulfill our course assignment. Kursus Pendidikan Islam, untuk mengkaji amalan Islam dalam masayarakat Orang Asli. Memandangkan ktorg sikit, dalam 32 orang, so dapatla pergi jauh. KOA ni terletak di Lojing, Kelantan. Kat situ kawasan tanah tinggi sebenarnya dan dekat sangat dengan Cameron Highlands. Cuaca kat situ pun sejuk nyaman je, air dia laa paling best, so refreshing!



Sebelum pergi, banyak la andaian-andaian pasal Orang Asli ni yang kami dengar dan kami buat sendiri. Ye lah, tak pernah jumpa kan. Dan orang yang pernah pergi KOA lain pun ceritakan pengalaman dia supaya kami sedia fizikal mental. But guess what? They’re just like us 😊 Islam dah lama sampai kat KOA tu, and they’ve been practising it well. Bahasa dorang pun macam bahasa BM biasa je, taklah susah nak komunikasi.

Aku jumpa seorang kawan masa kami tengah buat program kat situ. Penduduk kampung yang datang masa tu kebanyakannya kanak-kanak dan orang dewasa yang dah baya mak ayah kita. Tapi dalam ramai-ramai tu ada jugak sorang ni sebaya aku je. Banyak la benda yang kami sembang. Aku ingat lagi, lepas kami tahu umur masing-masing, dia terus cakap, “saya dah kahwin”. Lepastu dia terus cerita pasal perkahwinan dia, how she got married, her studies and so on. Bila aku fikir balik, aku rasa mungkin sebenarnya dia takda orang untuk dia bercerita macam tu. Untuk seorang stranger macam aku, dan dia boleh terus bercerita macam dah kenal lama, I felt so overwhelm. Sadly, aku dah tak contact dengan dia sebab kat situ susah dapat line, so memang tak nampak la dorang pegang fon. πŸ˜”

#5 KTPπŸ™Œ


Next, Kejohanan Trek & Padang. Why is this one special when I never like sports? Sebab tahun ni batch ktorg yang uruskan. Dengan kekuatan yang sangat sedikit, dibantu JPP and few others, alhamdulillah, everything went well.

Sama-sama turun buat trek kat padang padahal selama ni tak pernah kenal pun minyak hitam tu. Bila dah buat trek sendiri ni baru tahu susahnya. Selama ni tak pernah terpikir pun macam mana orang ukur trek bagi jarak dan ukuran dia sama. Heheh. Also, I worked as JK Peralatan mainly. Yes I know it was super tiring for me and didn’t fit my health well, but I have no choice 😊 The first day was hard I swear. I got scolded by lect (because I was so slow and weak) whom then questioned my position as the JK.

“Awak yang pilih kan? Kenapa pilih kalau dah tahu tak boleh buat?”

What do you think I say next? Yep. Nothing. I just do my task like everyone else. Angkat jugak apa yang orang lain angkat. It was so frustrating that day. I even blamed myself for being so weak. Like, orang lain boleh angkat sorang dan cepat je, but I might need some help, ataupun angkat sikit pastu rest pastu angkat balik. (If you still didn’t know, I had Hypothyroid which explains the weakness. Click here for the full story).

Next, yes ada lagi kerja lain masa hari pertandingan. Bukan buat main JK je sebab ktorg sikit, so nak taknak, semua kena buat. Hari pertandingan, tugas aku ialah hakim penamat untuk sukantara dan ketua hakim penamat hari kejohanan. To be honest, aku tak pernah tahu pun macam mana orang tentukan pemenang dalam larian selama ni.πŸ˜‚ Silly me. Part ni aku paling suka sekali. Kena fokus betul-betul, kena brief team members dan automatik terhafal semua acara yang ada. Dah tahu dah peraturan kalau rally macam mana, berapa mereter nak lari berapa pusingan, macam mana nak tentukan kedudukan kalau dah jarak dekat sangat haa macam-macam lah. Hakim penamat ni kiranya key person yang menentukan pemenang. Kalau salah tu habis laaaaa.

#6 B.I.G.



Another highlight with my batchmates is Bina Insan Guru (B.I.G.). Nak cerita panjang-panjang kang rasa macam tulis balik assignment pulak. Banyak la benda dibuat masa B.I.G ni. Paling best untuk aku is berkayak. It was my first time, tapi partner aku banyak tolong sangat-sangat. Senang je nak handle dengan partner. Lepastu ada la belajar asas nak apungkan diri, siap kena terjun dalam air. Rasa terbayar la benda yang aku tak dapat belajar masa PLKN dulu. Heheh.

Another achivement unlock: Gunung Angsi. Aku pun tak percaya aku boleh sampai puncak gunung tu. Laluan dia bahagian yang awal-awal tu sangatlah mencabar. Masa rest dekat 1st stop, aku dah rasa nak give up dah. Tapi sebab kawan-kawan ramai je yang naik, aku ikut je la. Rupa-rupanya, laluan selepas tu taklah terlalu mencabar macam yang awal-awal tu. I’m glad I decided to climb. Yang pertama dan terakhir rupanya. Lepas ni tak boleh mendaki dah :)

Lepas daripada panjat gunung, sambung aktiviti abseiling pulak. Kaki aku masa tu sumpah dah rasa macam apa je. Masa nak turun abseiling dah rasa nak give up sebab kaki takleh tahan, tangan tak boleh nak gerak. Habis je abseiling, malam tu nak jalan pun sakit yakmat. Nak berdiri pun lutut rasa tak boleh nak tahan. Sakit gila weh. Tanya orang lain sakit jugak, tapi okay la. Ada jugak sorang member sampai tak boleh berdiri langsung. Bila tengok dia macam tu, aku kurangkan bergerak je la, kang tak pasal aku pun takleh jalan. Tapi serius sakit. Again, aku blame diri sendiri kenapa lembik sangat, macam orang tua-tua la sakit lutut. But now I know I can’t fix that, just need to be fine with it.😊

But anyways, worth everything. Daripada terjun tasik, panjat gunung and even menari masa malam kebudayaan, semuanya pengalaman. I’m happy. Memori yang takkan terganti.πŸ’œ

Comments

FA10:) ™ said…
kenangan indah (: apapun, tahniah telah melalui dalam keadaan diri banyak batasnya. Alhamdulillah. moga baik baik saja. teruskan melakar pelbagai memori.