FYP - Proposal Part 1

Salam and hi!

Welcome back to FYP The Series. Gituu kan nama taknak kalah.

TAJUK PENYELIDIKAN 
ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Entri kali ni aku nak cerita tentang cadangan / proposal penyelidikan. Kalau korang tak baca lagi pengenalan untuk siri ni eloklah g baca dulu. (Klik sini)

Ringkasnya, proposal ni adalah apa yang korang buat dalam kajian korang. Nama pun cadangan kan, jadi korang kena rancang dan ceritakan cadangan korang sebaiknya. Proposal ni penting sebab inilah yang akan jadi Bab 1 - Bab 3 dalam tesis korang nanti. Tujuan kita tulis proposal ni supaya pensyarah @ penyelia dapat gambaran tentang kajian kita seterusnya meluluskan / menolak kajian yang kita nak buat. 


Apa yang nak diterangkan dalam proposal?

Bab 1 - Pengenalan (tajuk, kenapa pilih tajuk tu, kenapa kajian korg penting, apa yang kajian korg nak buktikan, dsb.)

Bab 2 - Tinjauan Literatur (segala fakta tentang tajuk dan teori yang korg pilih, mesti banyak rujukan, dan rujukan terkini at least 5 tahun kebelakang)

Bab 3 - Metodologi (cara kajian nak dilaksanakan, nak buat di mana, siapa terlibat, nak guna kaedah apa, nak dapat data macam mana, nak analisis guna apa, dsb.)

Pemilihan Tajuk

Perkara pertama yang korang kena fikir sebelum nak mula buat proposal ialah tajuk. Kenalah ada tajuk kajian dulu. Tajuk kajian ni merujuk kepada benda yang korang nak kaji. Persoalan yang sangat ramai orang tanya adalah; 

macam mana nak pilih tajuk?

Ada banyak cara untuk korang tentukan tajuk kajian korang. Tapi aku akan terang yang aku guna dan aku sangat galakkan korang guna teknik yang sama. Cara yang lain aku tak guna, jadi aku tak tahu nak terangkan macam mana. Kalau pensyarah korang ajar cara lain, guna pemboleh ubah ke, ikutlah beliau ye. Suka untuk aku ingatkan, ni apa yang aku buat, jadi contoh pun ikut latar belakang aku sebagai pelajar major BM bidang pendidikan.

Yang pasti, bukannya cari kajian orang dan copy paste tajuk ye.

Ok, jom mula!

1. Tentukan Bidang & Pengkhususan

Talk to yourself. Tanya diri sendiri. Refleks diri sendiri. Andaikan korang pelajar ijazah PERGURUAN BM. So, dalam banyak-banyak kursus BM yang korang belajar, yang mana korang paling minat? Boleh jadi tatabahasa, seni bahasa, kemahiran bahasa, pedagogi, bbm, sastera, semantik, perkamusan. Anything. Yang penting ada kaitan dengan subjek major DAN pendidikan. Senaraikan bidang yang korang minat, eloklah kalau boleh senarai 2 -3 yang spesifik. Kalau korang takleh nak pikir, ni aku bagi contoh;

a) Pedagogi
- teknik drama
- strategi berpusatkan murid
- pengajaran ekspositori
- pembelajaran berasaskan projek
- kemahiran berfikir

b) Bahan Bantu Mengajar
- bercetak
- audio
- grafik
- video
- alat digital
- platform dalam talian

c) Kandungan
-kemahiran lisan
-kemahiran menulis
-kemahiran membaca
-tatabahasa
-sastera

d) Pentaksiran
- aras soalan peperiksaan
- pentaksiran bilik darjah
- kemahiran membina soalan

2. Cari Bahan

Buka google scholar. Gunakan senarai yang korang dah buat tu sebagai kata kunci. Cari artikel / kajian yang berkaitan dengan kata kunci tu. Pastikan artikel tu paling kurang 5 tahun kebelakang. Lagi baru lagi bagus. Cari sebanyak mungkin artikel yang berkaitan dengan kata kunci yang korang guna. Selain guna BM, korang boleh cari dalam BI jugak, contohnya 'berpusatkan murid' ganti dengan 'student-centered' gituu. Artikel tu dalam bahasa lain pun takpe, yang penting isinya berkaitan dengan benda yang korang cari. Lagi baik kalau kajian tu memang ada kaitan terus dengan pendidikan bahasa Melayu di Malaysia. Dapat dalam 3 - 5 rujukan cantik lah.

Kalau tak jumpa? Tak banyak bahan? Tak ada bahan?
Tukar pengkhususan, tukar keyword. Ambil benda lain yang korg minat jugak.

Kalau ada 1 je boleh proceed tak?
Aku tak galakkan proceed sebab korg akan susah kemudian. Jadi cari sesiap pengkhususan yang banyak bahan terkini.



3. Cari Masalah

Buka artikel yang korang dah jumpa tu. Baca abstrak untuk dapat gambaran tentang kajian yang dibuat. Perhatikan sama ada ditulis dapatan kajian atau tidak. Cari dapatan kajian yang bermasalah. Kalau takda kat abstrak, cuba tengok dalam artikel, bahagian dapatan @ kesimpulan.

Contohnya, 
"murid kurang berminat......."
"prestasi murid menurun........."
"murid tidak menguasai........"
"guru tidak mahir........"
"guru kurang kesedaran......."
"guru kurang menggunakan......."

Senang cerita, cari benda yang negatif @ tak sempurna. Kumpulkan sebanyak mungkin kenyataan yang berkaitan dan menyokong satu sama lain. 

Contohnya, Artikel A cakap guru tidak menggunakan pelbagai teknik dalam pdp, Artikel B cakap guru kurang cekap mengendalikan komputer, Artikel C cakap guru tidak mahir menggunakan platform dalam talian untuk pdp bm.

Bila korang dapat yang ni, kerja korang akan jadi lebih mudah. Tapi kalau sampai sini tak dapat, cari la sampai dapat kalau taknak susah di kemudian hari. Muehehehe.

Kalau boleh elakkan untuk mengambil penyataan masalah dalam kajian tu untuk jadi masalah kajian anda. Nak ambil boleh je, pandai-pandai laaa (yg ni korg akan faham bila dah buat kajian sebenar).


5. Cadangkan Tajuk

Segala masalah yang korang dah cari tu, korang ambil 1 yang paling korang nak kaji, paling menarik atau paling jelas masalah dia. Kemudian, bina tajuk berdasarkan masalah tu.

Contohnya:

Masalah: guru tidak mahir menggunakan platform dalam talian untuk pdp BM.
Tajuk: Kemahiran Guru Bahasa Melayu dalam Penggunaan Platform dalam Talian


Masalah: murid kurang mahir membina ayat majmuk dalam karangan naratif
Tajuk: Kemahiran Membina Ayat Majmuk dalam Karangan Naratif


SPECIAL CASE: Kalau korang dah jumpa penyelesaian untuk masalah macam BBM, rumus atau teknik, korang boleh terus je guna penyelesaian tu untuk kajian. Kajian korang akan jadi kuasi-eksperimental iaitu untuk menguji sama ada penyelesaian tu benar-benar berkesan atau tidak.

Contohnya,

Masalah: "Murid lemah dalam kemahiran bertutur..."
Penyelesaian (daripada rujukan artikel) : "teknik drama dapat meningkatkan kemahiran bertutur murid...."
Tajuk: Keberkesanan Teknik Drama dalam Meningkatkan Kemahiran Bertutur Murid


Ta-daaa! Dah ada tajuk kajian! 

Nota: Kalau korang guna cara ada 2 elemen atau pemboleh ubah, korang akan cenderung untuk kaitkan 2 benda atau lebih yang takda kaitan tau. Jadi sebaiknya cari dulu bahan rujukan dan tentukan pemboleh ubah lepas korang dah dapat bahan yang sesuai. Penting, supaya korang tak terkapai-kapai nak buat tinjauan literatur dan instrumen nanti.



6. Semak Tajuk, Bayangkan Kajian

Dah ada tajuk, dah selamat? BELUM! Korang masih perlu fikirkan semula tajuk yang dah terbina tu. 

Pastikan;
-tajuk berkaitan dengan bidang korang iaitu pendidikan BM 
-bahan rujukan banyak, senang akses dan terkini.
-tajuk mudah difahami
-tak sama dengan orang lain
-tak terlalu banyak elemen

Bayangkan kajian yang bakal korang buat berdasarkan masalah & tajuk yang dah dibina.
- siapa yang akan sertai kajian ni? Guru? Murid? Guru pelatih? Ibu bapa?
- nak buat kajian di mana?
- nak buat temu bual ke soal selidik ke ujian? Sesuai ke nak guna soal selidik untuk murid?
- nak tengok data dari mana? rph guru? pemerhatian?
- mampu tak nak buat? kena keluar kos tak?


Bayangkan je lah dulu. Sambil-sambil tu study beza kajian kualitatif dan kuantitatif. Dan tentukan korang nak guna kaedah yang mana. Bukan boleh suka-suka pilih tau, mesti sesuai dengan masalah yang korang nak kaji tu. Pilih betul-betul tajuk yang korang boleh hadam, sebab korang akan hidup dengan benda ni selama satu setengah tahun paling kurang. Nanti nak sambung master & phd pun sebaiknya tajuk yang sama supaya korang jadi betul-betul pakar dalam bidang tu. Kalau pedagogi, pedagogi la sampai phd. Jadi pilihlah betul-betul. Buat research sikit untuk kesenangan hari tua. Giteww.

Dah lah kot untuk part 1 ni. See ya!


Comments